Ibadah puasa bukan sahaja setakat menahan lapar dan dahaga tetapi juga mengajar kita untuk sentiasa bersabar dan juga mengajar kita untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jelita senaraikan lapan perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa anda.
Gambar: Shutterstock
Makan Dan Minum Dengan Sengaja
Ibadah puasa anda akan terbatal sekiranya anda makan atau minum dengan sengaja walaupun anda diwajibkan untuk berpuasa dan anda tahu waktu itu bulan puasa.
Memasukkan Sesuatu Ke Dalam Rongga Dengan Sengaja
Sama seperti makan atau minum dengan sengaja, memasukkan sesuatu dalam rongga badan seperti rongga hidung, telinga atau mulut boleh membatalkan puasa anda sekiranya anda melakukannya dengan sengaja.
Muntah Dengan Sengaja
Sekiranya anda muntah dengan sengaja maka secara automatik ibadah puasa anda terbatal. Muntah dengan sengaja ini adalah apabila anda memaksa tekak anda untuk mengeluarkan muntah.
Keluar Haid/Nifas
Peraturan khusus bagi wanita. Keluar darah haid atau nifas secara automatik ibadah puasa anda akan terbatal. Sepanjang waktu itu, anda dilarang untuk berpuasa dan harus menggantikan puasa selepas itu.
Gila
Individu yang mempunyai penyakit mental atau tidak waras yang berpuasa akan terbatal puasanya.
Murtad
Murtad atau keluar dari agama Islam adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Individu yang murtad ketika menjalankan ibadah berpuasa akan terbatal puasanya.
Keluarkan Mani Dengan Sengaja
Jika anda dengan sengaja mengeluarkan mani ketika bulan puasa, maka puasa anda akan terbatal dan anda wajib menggantikannya.
Bersetubuh
Bersetubuh adalah perkara yang paling dilarang ketika bulan puasa. Jika seseorang itu bersetubuh sebelum berbuka maka ibadah puasanya akan terbatal.
The post 8 Perkara Ini Akan Membatalkan Ibadah Puasa Anda appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment