7 Adab Ketika Berpuasa

Tahukah anda berpuasa juga ada adab yang perlu dipatuhi. Berpuasa bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri daripada melakukan perkara maksiat dan sebagainya. Jelita senaraikan tujuh adab ketika berpuasa yang perlu anda tahu.
 

Gambar: Shutterstock


 
Menjauhkan Diri Daripada Maksiat

Selain daripada menahan diri daripada lapar dan dahaga, anda juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada maksiat seperti zina, mengumpat dan sebagainya.
 
Mengelakkan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Adalah sebaiknya jika anda elak daripada membuat perkara yang boleh membatalkan puasa kecuali jika ia tidak dapat dielakkan seperti keluar darah haid.
 
Menahan Nafsu

Waktu di bulan puasa inilah anda harus belajar untuk mengawal nafsu anda. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu makan, nafsu berbelanja dan sebagainya.
 
Bersederhana Ketika Berbuka

Jika anda dapat menahan nafsu makan anda maka anda dapat mengelak dari membazir ketika berbuka. Amalkan sikap bersederhana ketika berbuka. Jangan beli lebih daripada apa yang anda mampu makan untuk mengelakkan pembaziran. Sesungguhnya membazir itu amalan Syaitan.
 
Kurangkan Tidur

Menjalani ibadah berpuasa ini memerlukan tenaga yang banyak namun itu bukan alasan untuk anda tidur sepanjang hari kerana ia boleh memakruhkan ibadah puasa anda. Kurangkan masa tidur anda dengan membuat ibadah pada malam hari untuk menambah amalan pahala anda di bulan mulia ini.
 
Beribadat Dengan Bersungguh-Sungguh

Bulan Ramadan bukan hanya bulan untuk berpuasa malah ia adalah bulan untuk kita melakukan ibadah yang banyak agar dapat menambah amalan pahala. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling dinantikan kerana keistimewaan malam Lailatul Qadar. Sering mengamalkan ibadah dengan bersungguh-sungguh ketika bulan puasa ini.
 
Sentiasa Berfikir Tentang Hikmah Puasa

Berpuasa ini banyak hikmahnya dan sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai umat Muslim yang berpuasa untuk sentiasa berfikir tentang hikmah puasa agar anda lebih bersemangat untuk menjalankan ibadah puasa.

The post 7 Adab Ketika Berpuasa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment