5,046 Pakaian Terpakai Dimikro-Bersih Disumbang kepada Masyarakat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim merasmikan majlis penyerahan kepada empat Persatuan Komuniti di Lembah Klang.

Kempen Komuniti TOP Pass It On dianjurkan baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia di mana ia telah berjaya mengumpul 5,046 helai pakaian terpakai berkualiti melangkaui jangkaan asal. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, merasmikan acara kemuncak kempen ini dengan majlis penyerahan sebahagian daripada pakaian terpakai yang telah dimikro bersih kepada para wakil dari empat buah persatuan komuniti dari Lembah Klang yang diadakan di Mydin USJ.

Kempen komuniti TOP Pass It On berkenaan adalah satu usaha yang dipercayai terbesar pernah diadakan untuk mengumpul, mengasing dan mencuci secara profesional pakaian-pakaian terpakai yang telah digunakan secara cermat di Malaysia.

Kempen komuniti ini dianjurkan dengan sasaran untuk membuka peluang bagi lebih ramai ahli masyarakat mencubapenemuan inovasi Micro-Clean Tech™ yang membolehkan pengguna mencapai tahap kebersihan baru yang mampu membersihkan kotoran yang kelihatan, mahupun yang tersembunyi.

Melalui kempen berkenaan,TOP telah mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta membersihkannya secara profesional melalui pusat cucian Regional Laundry dengan menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegarkan, memperbaharui dan memulihkan pakaian sebelum diserahkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada mereka yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Sejumlah 30 buah persatuan komuniti akan menerima pakaian terpakai yang telah dimikro bersih melalui gerakan sumbangan besar-besaran yang dianjurkan oleh TOP bermula 7 Mac hingga 18 Mei, 2017 di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Usaha TOP ini untuk memperkasakan masyarakat dengan membolehkan mereka membantu ahli-ahli komuniti yang memerlukan dan turut diselitkan dengan asas-asas penjagaan alam sekitar yang kukuh melalui penekanan terhadap kemampanannya dan pada masa yang samamempromosikan kepentingan gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan sihat tersebut telah mendapat pujian daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Kempen TOP ‘Pass It On’ amat selari dengan prinsip-prinsip Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta selaras dengan cara kami membantu rakyat. Kami amat menghargai kempen ini kerana ia mewujudkan satu kitaran budi di kalangan mereka yang telah secara sukarela menyumbang kepada mereka yang memerlukan, berkongsi pengalaman dan impian serta mengurangkan pembuangan berlebihan pakaian berkualiti. Langkah ini memberikan manfaat ekonomik kepada masyarakat serta bersifat mesra alam.

“Ini adalah kempen swasta-kerajaan-masyarakat yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu lebih ramai orang disamping membina kesedaran di kalangan masyarakat bahawa mereka boleh menyumbang dengan pelbagai cara,” jelasnya.

 

The post 5,046 Pakaian Terpakai Dimikro-Bersih Disumbang kepada Masyarakat appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment