5 Langkah Elak Remaja Kahwin Lari

Remaja kahwin lari bukan lagi satu perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia. Punca utama mereka kahwin lari ialah kerana tidak mendapat restu dari ahli keluarga lain. Ibu bapa seharusnya mengambil tahu perihal anak kerana mereka mudah terdedah kepada perkara yang melibatkan gejala sosial. Jelita kongsikan 5 langkah elak remaja kahwin lari.

 

Gambar : TPGimages

 

Mengukuhkan institusi keluarga

Mengukuhkan institusi kekeluargaan sangat penting. Punca utama remaja lari dari rumah ialah disebabkan permasalahan di rumah. Masalah keluarga yang berpecah belah menyebabkan mereka berfikir bahawa mereka tidak lagi diperlukan atau ibu bapa sudah tidak menyayangi mereka.  Mereka perlu menggunakan sudut pendekatan emosi dan psikologi untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh anak mereka dan tidak hanya bergantung dengan memberi  keperluan material sahaja.

Memantau peranan rakan sebaya

Rakan sebaya merupakan antara golongan yang paling rapat dengan anak. Jadi mereka lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan mengikut perilaku rakan sebaya tanpa mengira baik atau tidak baik. Ibu bapa perlu memantau peranan rakan sebaya anak mereka supaya mereka tidak terjebak dengan rakan sebaya yang tidak baik.

Masyarakat

Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Guru dan jiran boleh membantu dengan mengesan perubahan perilaku remaja di sekolah atau di rumah. Unit Kauselor sekolah atau masyarakat juga perlu memainkan peranan memberi kaunseling kepada remaja yang mula menunjukkan perilaku yang tidak baik. Dalam hal ini masyarakat perlu mengubah semula cara kehidupan dengan hanya tidak berpeluk tubuh sahaja membiarkan mereka terus terjebak dengan masalah sosial.

Media

Media memainkan peranan penting dalam perkembangan remaja kerana media boleh memberi kesan positif dan juga kesan negatif. Remaja biasanya mudah terpengaruh dengan aksi negatif yang sering dipaparkan dalam media. Sebagai contohnya apabila remaja menonton filem barat yang memaparkan kehidupan remaja barat yang berpusatkan kepada kebebasan dan keseronokan sehingga ada yang sanggup lari dari rumah kerana terlalu mengikut budaya barat.

 

Institusi Kerajaan dan NGO

Institusi yang terlibat perlu mengambil berat tentang perkara ini. Menyediakan program yang membantu remaja untuk tidak terlibat dalam gejala tidak elok. Institusi yang ditubuhkan untuk membantu remaja bermasalah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti keagamaan, khidmat sosial komuniti dan sebagainya agar dapat memberi manfaat yang berguna kepada remaja.

Sumber: myhealth.gov

The post 5 Langkah Elak Remaja Kahwin Lari appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment