Eksentrik gaya Perancis bukanlah sahaja untuk digayakan di sana sahaja, ia juga kekal ideal dan mesra untuk digayakan dimana sahaja anda berada. Dengan itu, pelakon dan juga pengacara TV, Juliana Evans menampilkan bagaimana dia bergaya sepanjang hari!
Bila berbicara tentang stail dan gaya, tiada siapa yang dapat melakukanya dengan cukup bersahaja seperti wanita Perancis! Biar banyak trend yang datang dan pergi, mereka masih dapat mengekalkan gaya chic yang natural, walau hanya dalam baju-t ringkas dan sepasang jean. Bagaimanapun untuk menyerlahkan stail Parisian, tidak semestinya perlu terbang ke sana, ia bergantung pada cara anda berfikir dan sikap anda sendiri. Hanya ikuti gaya stail dan gaya Juliana Evans, lihat bagaimana dia berjaya untuk kekal ‘IT’ walau dalam helaian ringkas menerusi himpunan ELLE musim Panas/Bunga 2017. Dengannya anda boleh tampil ala #ParisianAnywhere!
Koleksi ini juga boleh didapati di Zalora! Tetapi jika and mahu lihat lebih dekat, kunjungi butik ELLE yang disenaraikan dibawah:
Midvalley, 1 Utama, Sunway Pyramid, iOi Mall. Paradigm Mall, Suria Sabah, Vivacity Megamall, Sunway Velocity Mall.
Istimewa buat anda yang mahu membeli secara online, dapatkan diskaun 10% di Zalora.com dengan menggunakan kod MOLITOR apabila checkout. Kod boleh digunakan bermula 19th May 2017 hingga 4th June 2017 sahaja.
Antara aksesori dan produk yang disarankan untuk menyerlahkan gaya wanita Parisian:
Untuk keterangan lanjut, follow ELLE di instagram @ellebagsmy dan @elleapparelmy
1. Masa untuk kopi
TIP STAIL : Makan di al-fresco? Lindungi diri dari matahari dengan widebrimmed hat!
Sesibuk manapun wanita Paris, mereka sentiasa mencuri masa untuk menikmati sarapan dan secawan kopi di kafe. Begitu juga dengan Juliana, menghirup secawan kopi antara perkara wajib dilakukan setiap pagi, dia tampil bergaya dalam helaian monokrom di hari minggu.
2. Masa Untuk Bekerja
TIP STAIL : Jangan pernah takut untuk mengabungkan palet metalik, padananan aksesori emas, ros emas dan perak bakal mencetus mood glamor walau dalam rekaan bentuk yang kecil.
Juliana sentiasa mengambil masa untuk merancang jadual mingguan dan menyemak e-mel agar lebih tersusun. Dalam masa yang sama perlu sentiasa tampak elegan,dia hanya menggayakan busana crisp linen dan tas tangan berstruktur untuk gaya instapro!
3. Masa Untuk Membaca
Tip Stail : Corak jalur bukan sahaja sesuai digayakan ke pejabat sahaja, ia juga sesuai buat padanan kasual pada hujung minggu, dengan potongan siluet relaks dan alunan fabrik lebih kasual.
Kala bersendiri, Juliana tampil lebih relaks dengan membelek akhbar kegemaran agar sentiasa peka dengan berita semasa dan trend fesyen terbaru. Dalam gaya bersahaja dia sentiasa tampil menarik dengan stail #ootd yang memukau.
4. Masa Untuk #RoadTrip
TIP STAIL : Kekal hangat dan selesa di atas kapal dengan membawa jaket semasa dalam perjalanan. Anda juga boleh mengikatknya di pinggang atau leher buat gaya lebih sporty!
Mengembara dengan stail menarik adalah perkara wajib buat Juliana, tetapi ia tidak bermaksud stail dan gaya tidak terjaga atas alasan keselesaan dan fungsi pakaian.
5. Masa Untung Hujung Minggu
TIP STAIL : Tidak salah untuk berbelanja lebih buat kemeja putih dan juga denim! Ia mudah disuai padan dan memberi impak gaya lebih cool!
Ketika cuaca masih baik, Juliana gemar berbasikal di taman dan bandar. Sama ada untuk menikmati makan tengah hari bersama sahabat atau membeli-belah sendirian, dia tidak pernah gagal untuk kekal bergaya!
Cruise 3 mini bucket bag, RM239
The post 5 Cara Untuk Bergaya Seperti Wanita Parisian Dengan ELLE appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment