20 Busana Raya FashionValet Pilihan Jelita

Oleh: Ayra Sulaiman

Bagaikan menjadi tradisi setiap tahun, Hari Raya seakan memberi rezeki lebih luas kepada pereka fesyen tempatan. Ini kerana pelbagai koleksi baju raya akan direka dan ditayangkan mengikut selera pasaran fesyen tanah air. Tidak ketinggalan, gedung fesyen atas talian, FashionValet melengkapkan tahun ketiganya dalam persembahan fesyen busana raya dengan seleksi pakaian yang dihimpunkan dalam satu acara pertunjukan fesyen yang dikenali Gaya Koleksi Raya.

Dalam tempoh itu juga, FashionValet telah membuka stor pop-up khusus untuk peminatnya yang boleh mendapatkan busana raya dipertontonkan sebelum ia dilancarkan di dalam talian dengan harga diskaun istimewa. Selain melihatnya di pentas peragaan, pengunjung boleh memegang dan melihat sendiri kualiti fabrik serta jahitan sebelum membuat keputusan membelinya.

Rata-rata, ramai yang teruja dengan pilihan disajikan daripada busana buat wanita, ada juga untuk cik abang serta anak kecil untuk dipakai sedondon atau digaya mengikut cita rasa masing-masing.

Seramai 30 pereka fesyen tanah air mempersembahkan rekaan, siluet dan sentuhan masing-masing yang telah disaksikan selebriti terkenal, media selain pelanggan setia FashionValet. Sepanjang tiga hari ianya berlangsung, Jelita memilih 20 busana yang anda boleh laburkan untuk digayakan sempena Hari Raya nanti. Mari lihat mana tahu ada yang berkenan di hati. 

The post 20 Busana Raya FashionValet Pilihan Jelita appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment