Trend Gaya & Dekorasi 2017

Memasuki tahun baru bermakna bermulanya idea merias kediaman yang lebih segar. Ikuti pandangan pereka hiasan dalaman My Home Gallery, Emma Khalid tentang trend dekorasi 2017.

Di My Home Gallery, saya menggariskan empat kategori yang boleh dijadikan inspirasi untuk trend terkini 2017. Bermula dengan warna, bahan, tekstur dan corak serta rekaan ruang.

WARNA: “Blue is The New Black”
Untuk 2017, warna biru bakal menjadi warna yang trendy. Biru dikategorikan sebagai warna yang unik dek kepelbagaian tonanya yang menarik. Pereka hiasan dalaman mahupun pelanggan sendiri akan lebih mudah untuk menyerlahkan kreativiti dan sesuai digunakan oleh semua peringkat usia. Gabungan biru dengan emas dan juga perak adalah gabungan eksklusif untuk 2017.

BAHAN: Cermin dan Logam
Tahun ini, bagi saya penggunaan cermin akan masih menjadi trend, tetapi digabungkan dengan logam seperti tembaga dan perak. Ini akan menjadikan ruang tampak lebih glamor dan elegan.

TEKSTUR & CORAK: “ Back to Classic”
2017 akan menjadi tahun nostalgia dalam industri rekaan. Kita akan melihat corak dan cetakan yang klasik akan kembali menghiasi trend, seperti corak damask yang tidak pernah hilang daripada dunia hiasan dalaman. Juga tidak dinafikan corak jubin ala victorian dan baba nyonya akan mewarnai semula dunia hiasan 2017. Tekstur daripada bahan logam seperti tembaga dan perak, akan menjadi trend yang mesti ada di setiap kediaman.

REKAAN RUANG : “ Elegant Yet Cosy”
Saya menjangkakan tahun ini akan ada lebih ramai lagi pereka dan pelanggan yang berani dalam mengilustrasikan rekaan ruang di sekeliling mereka. Ini termasuk menggunakan warna dinding yag lebih berani, baik dengan penggunaan kertas dinding ataupun cat. Ruang juga akan disusun agar lebih berfungsi luas dan dalam masa yang sama masih nampak klasik. Trend klasik moden akan kembali menjadi kegilaan untuk tahun ini.

Kesimpulannya, penggunaan warna dengan tona pelbagai bersama bahan evergreen adalah antara trend hiasan dalaman yang akan saya gunakan dan ramalkan akan menjadi hit pada 2017.

The post Trend Gaya & Dekorasi 2017 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment