Tip Sarung Barang Kemas Mengikut Acara

Buntu dalam memilih barangan kemas yang sesuai dipakai mengikut acara? Tahukan anda, pemilihan aksesori yang tempat pada tata gaya anda bukan sahaja melengkapkan gaya anda bahkan, ia juga boleh menaikkan seri penggayaan anda. Jangan gusar kerana Jelita boleh membantu anda mencari aksesori yang serasi dengan tema dan acara yang anda mahu hadiri.

Segak tertawan ke tempat kerja (acara formal)

Acara ini termasuklah berhias untuk ke tempat kerja atau menghadiri mesyuarat. Kami sarankan untuk memilih item yang lebih minimalis dan serba ringkas agar ia tidak menganggu penampilan anda. Sebagai contoh rantai labuh dan sepasang subang mutiara atau batuan kecil untuk melengkapkan gaya formal anda.

Image result for formal accessories jewelry to go office

Romantis mengerlip (acara malam)

Untuk kategori ini, barangan kemas seperti emas putih atau berlian amat sesuai digayakan. Sedikit perincian dan kilauan pada rantai atau subang anda membantu menaikkan seri wajah anda. Pikat hati si dia dengan penampilan anda yang memukau!

 

Atur langkah ceria (acara santai)

Untuk acara santai anda boleh memilih barangan perhiasan yang lebih ringan dan ringkas. Elakkan memakai rantai atau subang yang sarat dengan perincian. Ia mungkin tidak sepadan dengan penampilan anda.

 

Image result for set accessories for ladies

Versatil dengan gaya ikonik  (acara semi-formal)

Majlis semi-formal termasuklah menghadiri acara peragaan fesyen atau majlis pelancaran yang kebiasaanya diadakan pada sebelah petang. Oleh itu, tidak salah untuk memberikan sedikit ‘usaha’ dalam bergaya dengan barang kemas anda. Anda juga bebas memilih warna dan bentuk aksesori anda mengikut acuan penampilan anda.

 

Image result for accessories unique for ladies

Contoh gambar aksesori yang kami beri mungkin agak terhad namun jika anda sering membeli belah, sudah tentu anda boleh lihat lebih banyak lagi pilihan akesesori dengan pelbagai bentuk dan gaya yang boleh memukau pandangan anda. Namun semuanya masih berbalik kepada konsep dan acara yang anda ingin hadiri. Selamat mencuba!

 

Gambar ihsan: Google image

 

 

The post Tip Sarung Barang Kemas Mengikut Acara appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment