Apa jadi bila korang nak tackle gadis pilihan anda tapi sering gagal? Mesti anda takkan putus asa kan? Lain pula bagi lelaki dari China ni. Kerana sudah letih mencari kekasih yang diingininya, akhir sekali dia ambil keputusan untuk mereka bentuk robot sendiri dan jadikannya sebagai pasangan hidup.
Eh biar betul ni? Ye, memang betul Zheng siap adakan majlis perkahwinan di bandar Zhejiang, China dan turut dihadiri oleh ibu dan rakan-rakannya. Alamak.. Tak faham betul ni.
Adakan majlis perkahwinan, ibu turut hadir
Lelaki berumur 31 tahun, Zheng Jiaja ambil keputusan untuk membuat robot dan mengahwini robot tersebut apabila tidak berjaya untuk dapatkan kekasih. Menurut laporan tempatan di China, Zheng namakan robotnya Yingying dan mereka telah mengadakan majlis ringkas di bandar Zhejiang pada Jumaat lepas (31 Mac).
Zheng kelihatan dalam foto memakai suit hitam bersama Yingying juga memakai dress hitam dan kepalanya ditutup dengan selendang merah. Ibu dan rakan-rakan Zheng juga turut sama hadir pada majlis perkahwinan mereka.
Dah letih cari kekasih tapi tak jumpa
Menurut laporan Qianjiang Evening News, salah seorang rakan berkata Zheng sudah letih untuk mencari kekasih kerana cubaanya sering gagal. Selepas itu, Zheng mencipta robot pada hujung tahun lepas. Robot ciptaannya, Yingying dilaporkan boleh mengenal beberapa tulisan cina dan bercakap beberapa perkataan yang mudah.
Zheng merancang untuk menambah baik Yingying supaya robotnya dapat berjalan dan membantu kerja-kerja rumah. Untuk pengetahuan anda, Zheng adalah bekas pekerja firma telekomunikasi Huawei, dan kini dia bekerja dengan syarikat usaha Internet Hangzhou Dream Town pada tahun 2014.
Sumber: Straits Times
The post Sering Gagal Dalam Cubaan Cari Teman Hidup, Akhirnya Lelaki Ini Mengahwini Robot Ciptaannya Sendiri appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment