Häagen-Dazs™ kini hadir dengan aiskrim Stick Bar yang baru, berperisa White & Almond. Perisa baru ini dijual dalam pek individu dan pek pelbagai.
White & Almond Stick Bar menandakan suatu peningkatan terbaru buat Häagen-Dazs™ Stick Bars dengan disaluti coklat putih Belgium, berbeza daripada coklat susu atau coklat gelap Belgium yang diketengahkan dalam koleksi Stick Bar yang lain. Aiskrim Stick Bar White & Almond ini mengandungi badam karamel hancur yang diadun dengan aiskrim dan memberi sensasi kelazatan yang tidak dapat dilupakan. Ciri sebegini menjadikan White & Almond perisa terulung dalam koleksi tersebut, menawarkan kenikmatan yang lembut dan bersahaja.
Aiskrim vanila Madagascar yang bermutu tinggi diadun dengan cebisan badam karamel, kemudian disalut dengan coklat putih yang diperbuat daripada 40 peratus mentega koko. Setelah disadur, coklat cair akan beku serta-merta, membentuk salutan coklat putih yang retak sempurna ketika dijamah.
Bersempena pelancaran ini, Häagen-Dazs™ telah mengemaskini pek pelbagai Stick Bars kepada himpunan tiga perisa aiskrim badam. Pek pelbagai yang baru mengandungi White & Almond Stick Bar, berserta dua perisa terlaris daripada musim lalu iaitu Green Tea & Almond Stick Bar dan Chocolate Choc Almond Stick Bar.
“Kami berasa gembira atas pelancaran perisa serba baru daripada rangkaian Häagen-Dazs™ Stick Bars. Coklat putih yang menyalut Stick Bar akan membuka lembaran baru buat peminat setia perisa klasik Häagen-Dazs, selain menambah pilihan yang tersedia buat penggemar coklat putih. Kami turut berbangga kerana terus ‘meletakkan penanda aras yang baru’ dalam membentuk pengalaman menikmati Stick Bar untuk semua,” ujar Ethan Lim, Pengarah Pemasaran di General Mills Asia Tenggara.
Pek individu dan pelbagai White & Almond Stick Bar kini boleh didapati di semua rangkaian kedai Häagen-Dazs™ dan pasar raya utama.
Harga: RM 9.90 untuk Stick Bar individu & RM 27.90 untuk pek pelbagai. Harga yang tertera termasuk GST dan boleh dikenakan caj servis di mana berkenaan.
The post Sensasi Kelazatan White & Almond Stick Bar daripada Häagen-Dazs appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment