Setiap wanita pasti ingin sentiasa tampak muda dan cantik untuk jangka masa yang lama, kalau boleh untuk sepanjang hayatnya. Oleh kerana itu, para wanita sentiasa akan mencari cara untuk memastikan kulit wajah mereka sentiasa tampak berseri, licin dan cantik. Jelita kongsikan rahsia kulit sempurna dari seluruh negara.
Gambar: INGimage
Perancis
Menggosok Ais Pada Wajah: Rawatan ini berkesan untuk merangsangkan peredaran darah dan memberikan anda kulit yang sihat dan berseri.
Menggunakan Pek Muka Panas Dan Sejuk Secara Bergilir-gilir: Rawatan ini akan memberikan anda kulit yang sihat, meningkatkan peredaran darah, emningkatkan keanjalan kulit dan membekalkan kulit anda dengan kelembapan berpanjangan. Anda hanya perlu merendamkan tuala ke dalam air panas dan letakkan di muka, kemudian ulangi prosedur yang sama menggunakan air sejuk. Ulang teknik ini secara bergilir-gilir beberapa kali.
Gunakan Jus Lemon Untuk Mengurangkan Keradangan: Rawatan jus lemon amat berkesan jika disapukan pada jerawat kerana ia membantu untuk mengecilkan jerawat anda.
Chile
Anggur Merah Untuk Kulit Berseri: Wanita di Chile mendakwa kulit wajah mereka berseri disebabkan oleh antioksidan yang terdapat dalam anggur merah, Mereka akan membuat masker dengan mencampurkan anggur merah dengan dua sudu besar tepung. Apabila pes itu siap, mereka akan menyapukannya pada wajah mereka dan dibiarkan selama 10 minit sebelum mencucinya. Topeng ini akan mempunyai kesan yang terbaik jika digunakan pada waktu pagi.
Sweden
Pemakanan Yang Sihat: Kebanyakan pakar kecantikan menjelaskan bahawa kulit berseri yang dimiliki oleh wanita Sweden adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang sihat seperti ikan dan buah beri yang kaya dengan antioksidan.
Sauna: Haba dari sauna sangat berkesan untuk membuang toksik dalam badan.
Jepun
Air Beras: Air beras membantu dalam membersihkan muka anda, merangsang pengeluaran kolagen dan memberikan kulit anda tekstur yang lebih cantik.
Urutan Wajah Setiap Hari: Uurutan ini akan membantu meningkatkan lagi keanjalan kulit dan turut membantu pengaliran oksigen kepada kulit wajah anda. Anda boleh menggunakan sebarang minyak dan krim untuk urutan muka. Teknik urutan pula boleh berbeza mengikut keperluan kulit anda.
Kurang Menggunakan Bedak: Wanita di Jepun percaya bahawa kulit yang sihat pasti akan kelihatan bersinar dan ini adalah kecantikan semula jadi. Menggunakan bedak dengan kerap boleh menyebabkan liang roma adna tersumbat dan menyebabkan keradangan.
Brazil
Jus Lobak Adalah Ubat Yang Berkesan Untuk Menghilangkan Jerawat: Jus lobak merah yang segar kaya dengan beta-karotena yang dapat membantu untuk menyembuhkan jerawat anda.
Spain
Menggunakan Kentang Untuk Menghilangkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata: Hiris nipis kentang dan letakkan pada kelopak mata anda selama 10 minit.
Korea
Lendir Siput: Ini adalah salah satu bahan yang paling popular dalam krim muka Korea. Ia mengandungi ciri penyembuhan yang baik dan turut mengandungi kolagen dan elastin.
Minyak: Minyak membantu untuk membuatkan kulit anda licin. Sapukan kelapa atau minyak argan pada wajah anda sebelum menggunakan krim atau anda jug aboleh menggunakan minyak ini sebagai masker.
Sera Dan Emulsi Yang Berasaskan Bahan Semula Jadi: Wanita Korean akan menggunakan serum pada setiap malam dan seringkali mereka akan menggunakannya bersama minyak. Mereka akan menggunakan produk kecantikan mereka seperti berikut: serum, minyak dan pelembap.
Menggunakan Produk Kecantikan Secara Teratur: Dengan cara ini, ia dapat menghalang kulit anda daripada menyesuaikan diri dengan bahan tertentu.
Turki
Losyen Dan Masker Berasaskan Quince: Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, produk kecantikan ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Roller Jade: Menggunakan roller jade di wajah anda akan membantu memperbaiki peredaran darah dan warna kulit.
China
Teh: Teh herba dan teh beri sangat berkesan untuk membersihkan kulit anda.
Russia
Skrub Oatmeal: Campurkan oat, madu dan minyak kelapa untuk dijadikan skrub muka. Skrub oatmeal ini dapat membantu membersihkan kulit anda serta mengecilkan liang pori wajah anda.
Wapkan Wajah Anda: Tuangkan dua sudu besar bunga chamomile ke dalam dua cawan yang berisi air panas dan wapkan muka anda selama 20 minit. Untuk kesan yang lebih berkesan, gunakan skrub sebelum mengwapkan wajah anda.
Air Sejuk: Ia menggalakan pembaharuan sel kulit dan merangsang sintesis kolagen semula jadi dan serat elastik. Selain itu, air sejuk juga berupaya untuk memperbaiki kulit.
Greece
Makan Yang Berkhasiat: Wanita Yunani makan banyak buahan dan sayuran yang kaya dengan antioksidan. Diet makanan mereka juga termasuk pelbagai jenis ikan yang mengandungi omega 3 dan asid lemak omega-6.
Masker Kunyit: Masker ini mempunyai ciri antibakteria dan antiseptik yang kuat.
Minyak Zaitun: Urutan muka dengan menggunakan minyak zaitun akan membantu menjadikan kulit anda sihat, lembut dan lembap.
Mesir
Masker Tanah Liat Putih: Masker tanah liat putih digunakan untuk membersih, menyuburkan dan memutihkan kulit.
Krim Lidah Buaya: Lidah buaya membantu untuk melembapkan, menyuburkan, dan melindungi kulit anda daripada penuaan pramatang. Tumbuhan ini juga baik untuk mengembalikann keseimbangan lembapan dalam sel kulit wajah.
The post Rahsia Kulit Sempurna Dari Seluruh Dunia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment