Tidak asing lagi, ketiga kerabat diraja ini sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang suka menyumbang dan menderma kepada mereka yang memerlukan. Namun antara topik yang sering menjadi perjuangan Putera William, Putera Harry dan Kate Middleton adalah kesihatan mental.
Gambar: TPGimage
Kempen yang dianjurkan oleh tiga kerabat diraja ini, Heads Together dilancarkan untuk mengurangkan stigma tentang kesihatan mental melalui sesi kaunselling dengan rakyat tentang kesejahteraan mental mereka. Kempen ini tertumpu kepada golongan anak muda, veteran dan gelandangan. Minggu ini, Heads Together turut mengeluarkan satu siri filem pendek, #oktosay yang menampilkan video perbualan yang sukar bersama beberapa individu.
Dalam setiap filem berdurasi pendek itu, setiap individu berbual tentang perkara yang mengubah hidup mereka di mana mereka akan berbual satu topik yang sukar dengan rakan atau individu yang mereka percayai. Mereka berbual dengan rakan mereka untuk memberitahu betapa rakan mereka itu banyak membantu. Salah satu filem pendek itu menampilkan pemain bola professional, Rio Ferdinand yang kehilangan isterinya kerana kanser payudara. Rio menceritakan bagaimana dia menahan perasaanya sewaktu menguruskan keluarga dan pengebumian isterinya dan akhirnya Rio menangis di depan ejen dan rakannya.
Dalam satu filem yang lainnya, seorang wanita berbual dengan ibunya tentang hidup dengan kemurungan dan keresahan selama 10 tahun. Wanita itu yang juga bekas pegawai polis telah berdepan dengan tekanan dan kengerian sepanjang dia bekerja sebagai pegawai polis sehinggalah dia mengambil keputusan untuk memberitahu ibunya.
Terdapat 10 filem yang boleh ditonton melalui saluran YouTube Heads Together dan laman sesawang Heads Together turut menawarkan banyak sumber mengenai kesihatan mental. Ia mungkin sebuah organisasi yang berpangkalan di Britain tetapi mesejnya boleh disampaikan tidak kira di mana pun anda tinggal.
The post Putera William, Putera Harry Dan Kate Middleton Lancarkan Filem Siri appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment