Produk Cantik Untuk Ibu Tersayang

Hari Ibu didefiniskan sebagai sambutan dan penghargaan buat para ibu di luar sana. Kebiasaannya ia akan diraikan pada setiap bulan Mei. Sempena hari istimewa itu, ramai yang akan menghadiahkan ibu mereka dengan pelbagai hadiah menarik sebagai tanda terima kasih.

Apa kata untuk tahun ini anda ‘tukar selera’ dan berikan kejutan dengan menghadiahkan ibu anda dengan set kecantikan. Ia terlihat lebih menarik, malah ibu anda kelihatan lebih muda, berseri dan menawan. Jelita senaraikan beberapa pilihan hadiah set kecantikan yang anda boleh hadiahkan untuk ibu tersayang.

SHISEIDO

Shiseido Beauty Of Clarity, RM594 – Set kecantikan yang mengandungi rangkaian Shiseido White Lucent MicroTargeting Spot Corrector yang berupaya untuk menjana kembali sel-sel kulit yang lemah agar lebih cerah, berseri dan kekal muda.

 

 

Shiseido Eternal Beauty, RM755 – Ibu anda pasti akan jatuh cinta dengan rangkaian Shiseido Vital –Perfection  ini. Ia bertindak untuk melawan tanda penuaan, lantas menjadikan kulit lebih anjal dan sihat.

 

 

 

SK –II

SK-II Sakura Limited Edition Facial Treatment Essence, 230ml dan SK-II Facial Treatment Clear Lotion, 230ml,RM620

Tunjukkan kasih sayang anda pada ibu tercinta bak  jambangan bunga yang mekar mewangi. Jenama kecantikan mewah ini tampil dengan produk edisi terhad  diperkaya dengan 90 peratus Pitera dan ekstrak bunga sakura. Ia bertindak untuk menghaluskan tekstur kulit, menganjalkan dan mengurangkan bintik hitam untuk kompleksi wajah yang bersih, mulus dan bersinar.

 

L’OCCITANE

L’occitane Arlesienne Fragrance & Body Gift Set RM355 (harga asal RM420)

Ibu anda pasti penat dengan tugas harian yang sibuk, bukan? Hadiahkan ibu anda dengan set penjagaan badan ini agar lebih segar dan relaks. Ekstrak floral yang wangi bertindak lembut pada kulit dan kekal wangi sepanjang hari.

 

 

Dapatkan set kecantikan ini bermula Mei 2017 di kaunter kecantikan yang terpilih sahaja.

The post Produk Cantik Untuk Ibu Tersayang appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment