Penataan Warna Kuning Pada Kediaman

Tata rias kediaman yang diselitkan dengan rona kuning dapat membangkitkan pusat tumpuan dalam sesebuah ruang. Kuasa kuning mampu menyuntik suasana hangat dan ceria.

Kediaman yang suram boleh diceriakan dengan tambahan warna menonjol untuk permaidani, hiasan dinding dan sebagainya mengikut kesesuaian padanan tata rias. Tetapi jangan pula berlebihan dalam memadankan warna menonjol ini hinggakan ruang itu tiada titik fokus. Langkah susun atur dan dekorasi warna kuning ini boleh anda ikuti:

  1. Warna kuning adalah satu rona yang kuat, jadi jangan sesekali padankan dengan warna menonjol yang lain seperti merah. Sebaliknya, padankan dengan warna yang lebih lembut seperti putih, krim dan coklat pudar.
  2. Terlalu banyak warna kuning akan menjadikannya dominan. Jadi, gunakan rona berkenaan pada sudut tertentu sahaja. Contohnya, gunakan kerusi kuning bersebelahan sofa biasa ataupun hiaskan ruang dengan perhiasan kuning seperti bantal kecil, pasu dan lukisan dinding. Walaupun tampak kecil, pilihan aksesori yang betul dan kena gaya dapat memberi suasana berbeza.
  3. Warna kuning juga boleh dipadankan dengan hitam. Gabungan ini akan meyuntik lagi suasana elegan. Dua warna ini boleh digabungkan untuk barisan kusyen dan bingkai gambar.
  4. Jika anda mahukan dinding bercat kuning, pastikan tona warnanya tidak terlalu menonjol. Pilih kuning lembut dan padanan perabot dan perhiasan berwarna coklat, putih atau hitam. Selain itu, jangan biarkan keseluruhan dinding berwarna kuning. Selitkan juga satu kawasan berwarna putih, misalnya untuk tampak kontras yang menarik.
  5. Padankan langsir kuning polos dalam nada lembut di kawasan dapur. Warna ini dapat menceriakan hari anda.

The post Penataan Warna Kuning Pada Kediaman appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment