Semua jenis bentuk badan sangat unik dan cantik, tetapi pernahkah anda tertanya mengapakah sesetengah individu mempunyai lemak di kawasan tertentu di tubuh mereka? Ada wanita yang tampak besar di bahagian perut dan ada juga di bahagian pinggul dan peha. Jelita kongsikan makanan yang sesuai mengikut bentuk badan anda supaya anda dapat menurunkan berat badan dengan mudah dan sentiasa kekal sihat.
Gambar: INGimage
Segi Empat
Bentuk badan ini dicirikan dengan bahagian pinggul dan pinggang yang kecil, Walaupun anda dengan bentuk badan ini kurang cenderung untuk naik berat badan, anda perlu memastikan diet anda mesti mengandungi makanan dengan lemak sihat seperti (avokado, badam, salmon dan lain-lain) dan juga protein yang berasaskan tumbuhan. Anda perlu sentiasa ingat tidak kira berapa kurus pun anda, anda masih perlu mengikut rutin diet yang sihat. Pastikan anda tidak perlu makan begitu banyak gula-gula dan makanan segera.
Epal
Jika anda mempunyai bentuk tubuh seperti ini, maka anda cenderung untuk naik berat bada di bahagian tengah. Oleh itu, diet yang sesuai untuk anda makan adalah makan dalam kuantiti yang sedikit dan kerap. Makan enam kali sehari tetapi kurangkan kuantiti makanan anda. Anda juga perlu memastikan diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan serat, buahan, sayuran, vitamin C dan tenusu rendah lemak. Jika anda makan yogurt, pastikan ia membantu mengawal sistem pencernaan anda. Anda harus mengelakkan dari mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gas dan yang akan membuatkan muka anda tampak bengkak seperti makanan segera, roti dan sayuran tertentu.
Pear
Bentuk badan jenis pear ini dicirikan dengan ukuran pinggul yang lebih besar daripada ukuran dada. Anda yang mempunyai bentuk badan ini akan lebih cenderung untuk naik berat badan di bahagian pinggul dan paha dan anda juga mungkin akan mengalami pengekalan air. Anda harus mengambil makanan seperti daging, ikan, telur, produk tenusu dan makanan yang kaya dnegna kandungan protein yang tinggi. Buahan seperti tembikai atau nanas sangat elok untuk anda kerana ia akan membersihkan badan anda dengan mengeluarkan toksin yang memperlahankan metabolisme anda. Gabunggkan dengan teh herba yang baik seperti teh hijau. Elakkan makanan yang tinggi dengan sodium, Dengan erti kata lain, kurangkan pengambilan garam anda dan juga elakkan makanan seperti roti, mi dan beras.
Jam Pasir
Ini adalah bentuk badan yang paling diidamkan oleh kaum wanita. Bagaimanapun, anda yang memiliki bentuk badan jenis ini lebih cenderung untuk mendapatkan berat badan secara keseluruhan badan. Anda juga mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai tahap gula yang tinggi dalam darah, jadi anda disyorkan untuk mengambil makanan dengan indeks glycemic yang rendah dan makan lima hingga enam hidangan kecil sehari. Makan buahan dan sayuran segar dan amalkan lemak sihat daripada protein tanpa lemak. Elakkan makanan seperti roti putih, mi dan nasi dan gantikannya dengan whole food.
The post Pemilihan Makanan Yang Sesuai Untuk Bentuk Badan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment