Pembaca Berita India Laporkan Berita Kematian Suami

Pembaca berita India mendapat tahu tentang kematian suaminya ketika dia sedang melaporkan berita tentang kemalangan jalan raya secara langsung di televisyen.
 

Gambar: Sumber Google


 
Supreet Kaur adalah pembaca berita untuk IBC24 pada ketika itu sedang melaporkan berita kemalangan yang melibatkan suaminya dan dia berjaya mengekalkan ketenangannya semasa membaca berita tersebut pada Sabtu lalu.
 
Dia sedar bahawa suaminya, Harshad Kawade telah terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila wartawan yang berada di tempat kejadian telah memberikan butiran lanjut tentang kemalangan itu melalui telefon.
 
Menurut laporn Hindustan Times, wartawan itu berkata tiga daripada lima individu yang menaiki sebuah SUV Renault Duster di Pithara maut di tempat kejadian. Walaupun wartawan itu tidak menyebutkan nama mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut, Kaur telah mendengar butiran yang cukup untuk tahu kemalangan itu melibatkan suaminya, Kawade.
 
Menurut Times, Kaur yang berusia 28 tahun itu tetap meneruskan siaran berita selama sejam dan dia hanya menangis selepas dia keluar dari studio TV.
 
Menurut editor kanan yang bekerja bersama Kaur, Kaur dapat merasakan bahawa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kenderaan suaminya. Dia tetap meneruskan tugasnya membaca berita dan hanya memanggil saudara-maranya selepas dia keluar dari studio.
 
Tambah editor itu lagi, rakan sekerja Kaur sudah tahu semasa siaran bahawa suami Kaur telah meninggal namun mereka tidak mempunyai keberanian untuk memberitahunya.
 
The Times juga melaporkan pemandu lori yang didakwa lari selepas melanggar SUV milik suami Kaur telah ditangkap.
 
Kes ini turut mendapat perhatian Ketua Menteri Chhattisgarh Raman Singh apabila dia memuat naik status di akaun Twitternya tentang kekuatan Kaur dalam menangani berita kematian suaminya dengan keberanian luar biasa dan tetap meneruskan sikap profesionalnya.
 

The post Pembaca Berita India Laporkan Berita Kematian Suami appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment