Lisa Surihani Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi tadi (23 April 2017).

 

Gambar : Instagram Yusry Halim

 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Yusry Halim menerusi akaun Instagram miliknya. Yusry telah memuat naik sekeping gambarnya bersama puteri pertama mereka, Yahaira Leanne sedang melihat bayi keduanya itu yang didukung oleh ibu mertuanya.

 

Kapsyen gambar tersebut bertulis;

 

“Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah.”

 

Ternyata yang Yusry sangat bersyukur atas kurniaan yang diberikan sekali lagi untuk menimang cahaya mata. Gambar tersebut turut dibanjiri dengan komen-komen serta ucapan tahniah dari peminat-peminatnya atas berita gembira itu.

 

Bahkan ada juga yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga pasangan ini serta dilimpahkan dengan rezeki. Pasangan popular ini telah dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Yahaira Leanne pada September 2015.

 

EH! ucapkan tahniah buat Lisa dan Yusry. Semoga kehadiran bayi kedua ini menceriakan lagi kehidupan berumah tangga.

 

 

The post Lisa Surihani Selamat Melahirkan Bayi Lelaki appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment