Lindsay Lohan Dilihat Memakai Burkini Di Thailand

Lindsay Lohan telah kongsikan gambar percutiannya di Thailand dengan memakai baju renang. Bukan baju renang yang biasa tetapi dia dilihat memakai burkini.
 

 
Sebelum ini, Lindsay Lohan telah mengakui dia kini sedang mengkaji Islam telah memilih untuk memakai burkini ketikan paddleboarding di Phuket, Thailand  minggu lalu. Pelakon Mean Girls itu dilihat dilitupi dengan pakaian daripada kepala sehinggalah ke kaki sewaktu dia sedang berlatih di atas papan besar sebelum dia beralih ke dalam air yang dalam.
 
Kepala Lindsay Lohan dilihat ditutup dengan tudung hitam dan telinganya juga disembunyikan.Baju renang lengan panjang paras pahanya dipadankan dengan seluar hitam yang agak longgar. Ini adalah satu penampilan baru untuk aktres ini kerana agama utama yang diamalkan di Thailand adalah agama Buddha.
 
Pelakon ini telah pergi bercuti di Thailand selama dua minggu dan sebelum itu dia berada di Dubai untuk melawat keluarganya. Lohan telah menjadi penggemar tudung beberapa bulan kebelakangan ini dan dia juga telah mendedahkan dia telah mempelajari kitab suci Al-Quran. Baru-baru ini, dia juga telah mendedahkan dia telah menemui ketenangan dalam hidupnya selepas dia menginjak usia 30 tahun.
 
Dalam satu temubual dalam rancangan televisyen, Lindsay Lohan telah menjelaskan kenapa dia mempelajari Al-Quran.
 

“Studying the Koran is something I found solace in, a religion where I found a lot of peace. I have reached inside and I found what I want my intentions to be in the world… focusing on taking control of what I want out of life. You can’t just convert to a religion overnight- it’s a culture and practice [and] I don’t want to comment on something I haven’t finished,” Lindsay Lohan.

 
Burkini ini pada asalnya direka di Australia oleh Aheda Zanetti sebagai pilihan untuk wanita yang ingin memelihara kehormatan mereka yang seiring dengan keperluan tradisi Islam. Selain itu, ia juga boleh dipakai sebagai perlindungan daripada matahari dan cukup ringan untuk dibawa berenang. Malah, Zanetti juga pernah menjelaskan tahun lepas bahawa pakaian itu tidak dipakai secara eksklusif oleh orang Islam malah 40 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada mereka yang bukan Islam.
 

Gambar: Sumber Google

The post Lindsay Lohan Dilihat Memakai Burkini Di Thailand appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment