Leeyanrahman Lancar Koleksi Lebaran

Bertempat di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur, Leeyanarahman menaruhkan himpunan koleksi rayanya “untuk tahun ini sambil disaksikan pelangan setia mereka, para celebriti dan rakan-rakan media. Turut bersama menjayakan acara ini, jenama kecantikan, Lancome dilantik sebagai solekan rasmi dan JW Marriott KL sebagai jamuan rasmi majlis.

Untuk pertunjukan kali ini, Leeyanarahman telah menetap beberapa hasil rekaan yang memenuhi “horizons” wanita untuk gaya mewah dan “radiant looks.”Cetakan seperti bungaan, abstrak, garisan seakan kesan berus dan grafik dipertaruhkan untuk koleksi lebaran kali ini. Selain menampakan cetakan bersahaja, suai padan serta kolecto kedua yang berteraskan warna lembut dan warna primer menyerlahkan setiap busana dengan keunikanya tersendiri sekaligus menghidupkan “mood”musim Panas/Bunga serta gaya mewah, SPÉCIALE.

Elemen klasik juga diterapkan agar identiti Leeyanarahman itu dapat dikekalkan. Setiap fabrik dipilih dengan teliti bagi memastikan tahap kualiti setiap busana yang ingin dijual terjamin. Memenuhi setiap ciri-ciri dan kehendak pelanggan sejak bermulanya perniagaan, LeeyanarahmanSPÉCIALE” ini juga mempunyai pilihan gaya mengikut citarasa pelanggan dari segenap umur. Potongannnya juga kemas serta konsep sopan juga sentiasa diterapkan bagi memastikan masyarakat muslimah mampu tampak versatil dan sopan dalam masa yang sama.

Bagi peminat busana perincian, koleksi ini adalah pilihan yang tepat untuk anda kerana jahitan perincian yang terdiri daripada manik dan batuan berkualiti diserikan pada baju dengan gaya yang cukup moden.

Untuk anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, sila layari laman sesawang Leeyanarahman iaitu: http://ift.tt/2olgYtK atau di Instagram, leeyanarahman.co.

The post Leeyanrahman Lancar Koleksi Lebaran appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment