Juliana Evans Selamat Bernikah Dengan Tengku Shariffuddin Shah

Dengan sekali lafaz, Juliana Evans selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang merupakan seorang kerabat Di-raja Johor dan Selangor iaitu Y.AM Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.

 

Gambar ikhsan : Uprising Entertainment

 

Juliana atau kini bergelar Che Puan Juliana Evans telah dinikahkan dengan Tengku Shariffuddin pada pagi tadi jam 10.45pagi oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful. Upacara pernikahan tersebut telah berlangsung di Shah Alam, Selangor.

 

Gambar ikhsan : Uprising Entertainment

 

Pelakon popular ini dikatakan tidak mengikat tali pertunangan sebelum memutuskan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri. Dengan solekan hasil tangan jurumekap terkenal tanah air, Khir Khalid, Juliana tampil cukup berseri di hari bahagianya di samping suami tercinta.

 

Gambar ikhsan : Uprising Entertainment

 

Menerusi siaran akhbar, selepas selesai ijab dan kabul, Juliana turut meluahkan kesyukurannya setelah hari bahagianya berjalan dengan lancar yang dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak.

 

Gambar ikhsan : Uprising Entertainment

 

“Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. Dan saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami,” kata Juliana yang akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas ini.

 

Gambar ikhsan : Uprising Entertainment

 

Pasangan ini telah saling mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun yang lalu. Majlis resepsi Juliana dan Tengku Shariffuddin dirancang akan diadakan selepas Aidilfitri nanti.

 

Gambar ikhsan : Uprising Entertainment

 

EH! mengucapkan setinggi tahniah buat Juliana Evans dan Tengku Shariffuddin Shah.

 

 

 

The post Juliana Evans Selamat Bernikah Dengan Tengku Shariffuddin Shah appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment