Jenis Ulam Yang Patut Diambil Untuk Kekal Muda

Dengan kewujudan produk anti-aging yang menggunakan teknologi moden, pastinya ramai yang lupa akan khasiat yang terkandung dalam ulam-ulaman yang sering diamalkan suatu ketika dahulu oleh wanita bukan sahaja sebagai menu makanan tetapi juga untuk khasiat yang terkandung di dalamnya. Jelita senaraikan jenis ulam yang patut anda amalkan sekiranya anda ingin kekal muda.
 

Gambar: Shutterstock


 
Ulam Pegaga

Ulam pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang dapat menjana daya pemikiran lebih cerdas di kalangan kanak-kanak. Ia juga dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
 
Petai

Ia boleh membuatkan nafas anda berbau sekiranya anda memakannya namun khasiat yang terkandung di dalamnya sangat mengagumkan. Menurut kajian, petai mengandungi protein lapan peratus lebih tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Antara kebaikan petai yang lain adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, Vitamin A, B1, B2 dan C. Petai juga dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, penyakit jantung dan membantu mencuci buah pinggang.
 
Jering

Ia mengandungi khasiat yang sama seperti petai. Ia juga dapat membantu mengubati kencing manis. Kandungan sebatian alkaloid dalam jering dapat meneutralkan paras gula dalam badan.
 
Kangkung

Kangkung adalah ulaman yang mudah untuk didapati dan ia tumbuh meliar di kawasan yang mempunyai sumber air. Kangkung terkeal sebagai penyembuh penyakit buasir, mengubatipenyakit insomnia serta membantu merawat sakit kepala. Dari segi kecantikan pula, kangkung juga dapat melebatkan rambut.
 
Daun Selom

Anda mungkin jarang dengar nama ulam ini namun seperti ulam yang lain, ia mengandungi banyak khasiat. Daun dan batangnya dapat menyembuhkan bisul dan bengkak kerana kanser manakala buahnya pula baik untuk sistem perkumuhan dan ia juga dapat membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus.
 
Peria

Peria adalah ulam yang paling mendapat perhatian dalam dunia perubatan moden. Peria juga menjadi sumber utama dalam herba tradisional di China. Menurut kajian perubatan Barat, peria dapat meningkatkan sel imun dalam tubuh serta mengurangkan paras gula bagi pesakit kencing manis.
 
Sumber: EH!

The post Jenis Ulam Yang Patut Diambil Untuk Kekal Muda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment