Izara Aishah Bakal Tamat Zaman Bujang Bersama Adib Khalid Tahun Ini

Izara Aishah dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi pada tahun ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

 

Gambar : Instagram Adib Khalid

 

Berita itu disahkan sendiri oleh Adib yang menyatakan dirinya bakal berkahwin pada tahun ini dengan Izara. Walaubagaimanapun, Adib masih belum bersedia untuk mengongsikan tarikh serta butiran penuh majlis perkahwinan mereka.

 

“Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. InsyaAllah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua,” katanya kepada Harian Metro.

 

Sebelum ini pernah bertebaran khabar yang mengatakan pasangan ini bakal diijab kabul pada bulan Ogos nanti, namun Adib seakan masih tidak mahu memberikan satu jawapan yang pasti akan tarikh itu.

 

Jelasnya mereka masih dalam proses perbincangan dan pabila tiba masanya nanti, dia sendiri akan kongsikan berita gembira itu. Berita tentang perkahwinan Adib dan Izara ini sebenarnya telah pun mula berteka-teki sejak awal tahun ini lagi.

 

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan semua urusan buat Izara dan Adib.

 

 

 

 

The post Izara Aishah Bakal Tamat Zaman Bujang Bersama Adib Khalid Tahun Ini appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment