Dari produk kecantikkan ke dunia fesyen

Mengilhamkan motif semulajadi, serta mesra alam, Gaya by Adania melancarkan koleksi hijab untuk pertama kalinya di Asia Islamic Fashion Week (AIFW 2017). Menurut pengasas Gaya by Adania, Ain Nadia Yusoff membawa kelainan dengan menarik minat peminat fesyen terhadap organik dan alam semulajadi termasuklah pembuatan tudung. Koleksi Gaya terbahagi kepada dua jenis iaitu Organik dan Sutera Satin.

 

Koleksi Organik diperbuat dari 100% semulajadi, mesra alam seperti kapas, ulat sutera dan kain modal fiber yang mampu untuk membuat si pemakai rasa selesa walaupun pada cuaca yang lembap mahupun panas. Natural Herbal Dyes atau Azo-Free Low Impact Eco digunakan sebagai ejen pewarna untuk memastikan produk keluaran ini 100% semula jadi. Koleksi organik terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Greystone (Kelabu) dan Aventurine (Hijau Zaitun), dan boleh diragakan sama ada pakaian harian mahupun rasmi.

Manakala Koleksi Sutera Satin pula mengetengahkan rekaan unik bagi si pemakai dalam menyerlahkan karakter. Koleksi hijab rekaan Gaya by Adania boleh dibeli di laman web (www.gaya.my) atau di akaun Instagram/Facebook (gayaadania). Gaya amat menitikberatkan proses pembuatan termasuklah mengitar semula bahan yang tidak digunakan, memastikan setiap helai yang dihasilkan dalam keadaan yang baik dan juga pekerja bekerja dalam persekitaran yang selesa dan bersih.

Semua penghasilan Gaya mengikut proses Global Organic Textile Standard (GOTS) Fair Trade dan bahan yang digunakan untuk Koleksi Organik adalah diluluskan oleh Ecocert dan GOTS.
Gaya by Adania adalah lebih daripada sekadar fesyen, ia adalah satu jenama yang memberi kesedaran untuk mencintai alam semula jadi Justeru, diharapkan Gaya akan disambut baik oleh industri fesyen dan mencetuskan minat untuk memelihara fesyen mesra alam bukan sahaja di Malaysia tetapi di mata dunia.

The post Dari produk kecantikkan ke dunia fesyen appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment