Cipta Rona Kegemaran Anda Dengan 30 Gincu Silk Intense Lipstick Baharu!

Bukan 40 atau 60, tetapi 90 warna yang boleh dicipta melalui 30 batang gincu terbaru dari Laniege. Buat anda yang mahu ‘personalize’ warna gincu sendiri, inilah masanya untuk cuba adunkan dua warna gincu untuk hasil calitan yang lebih istimewa.

 

Dan ini adalah beberapa warna kegemaran dari bintang media sosial.

 

Model Shir Chong, Penulis blog Bella Kuan, influencer Sarah Intan dan pemenang tempat kedua Miss Universe Malaysian 2017 Dana Low telah mencuba rangkaian baharu Silk Intense Lipstick dan telah memilih warna kegemaran yang serasi dengan personaliti mereka. Mari saksikan setiap warna yang mereka cuba.

 

Videografi : Eric Chow @ Blink Studio
Arahan Seni : Geok Mei dan Steve Chua
Penata Gaya : Jayen Chow
Solekan : Laneige
Dandanan Rambut : Evon Fung
Pakaian : Uniqlo, Forever 21, Dressing Paula, Guess dan Nichii

 

Dana menggayakan warna gincu #480 Rosy Smog manakala Sarah mencalitkan gincu warna #380 Midnight Wine.

 

Bagi setiap wanita, solekan itu akan lebih menarik jika diberi banyak pilihan, terutamanya gincu! Namun untuk memiliki kesemua warna setiap satu dari gincu itu bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh kerana itu, Laneige tampilkan semula rangkaian gincu Silk Intense Lipstick yang hadir dengan  30 warna terang dan boleh diubah suai hingga ke 90 jenis warna!

 

Shir memilih gincu warna #335 Get the red

 

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana, bukan? Ini adalah kerana inovasi baharu two lipstick mixers yang terdiri daripada dua warna kuning dan kelabu yang mempunyai kuasa untuk mengubah warna gincu asas (dan berpigmen tinggi) kepada 2 atau 3 warna lain!

 

Dana tampak ranggi dalam swafotonya dengan calitan gincu #800 Forest Fantasy

 

Sama ada anda mencari warna gincu kegemaran unik MLBB (my lips but better),  warna sporty, merah klasik atau sesuatu yang futuristik (calitkan gincu purplish-grey sahaja!), anda kini boleh menghasilkan sentuhan peribadi mengikut gaya solekan yang diidamkan.

 

Bella tampil lebih manis dengan gincu warna #245 Coral Effect

 

Laneige Silk Intense Lipstick boleh didapati di kaunter dan butik Laneige seluruh Malaysia pada harga RM85 setiap satu. Untuk keterangan lanjut sila layari www.laneige.com.my

 

The post Cipta Rona Kegemaran Anda Dengan 30 Gincu Silk Intense Lipstick Baharu! appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment