‘Bersyukur Semua Sudah Berakhir’- Dato Seri Hajah Vida & Suami Cerai Talak Satu

Screen Shot 2017-04-07 at 11.55.16 AM

Selepas beberapa siri tentang perpisahannya dengan suami Fairuz Ahmad Zainuddin, akhirnya Dato Seri Vida bercerai dengan talak satu. Beberapa minggu spekulasi kuat mengatakan Dato Seri Vida sudah tidak ada persefahaman lagi dengan suaminya dan katanya lagi dia ingin terus membuat anak-anaknya gembira serta fokus pada perniagaan.

Yakin ini jalan terbaik

Menurut BH Online, penceraian itu dibuat secara damai selepas tiada kesepakatan antara mereka untuk berbaik semula.

Saya yakin ini adalah jalan yang terbaik bagi kami. Saya juga percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Perasaan saya bercampur baur dan sukar untuk saya gambarkan, tetapi saya bersyukur semua sudah berakhir.

Dato Seri Vida berharap isu penceraiannya akan berakhir dan mahu terus ke depan. Vida dan suami bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh kira-kira jam 10 pagi tadi. Vida yang ketika itu memakai pakaian serba hitam dan mengaku tidak memaklumkan kes ini kepada media kerana takut diserbu di mahkamah.

Sumber: Berita Harian Online

The post ‘Bersyukur Semua Sudah Berakhir’- Dato Seri Hajah Vida & Suami Cerai Talak Satu appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment