Bawa Anak Anda Terokai Dunia Dengan Johnson’s Milk

Saat yang paling menggembirakan ibu bapa ialah saat anak mula bertatih. Pada masa yang sama, ia juga saat yang paling merisaukan kerana anak anda mula terdedah dengan bahaya kerana pada usia ini, sikap ingin tahu si kecil adalah sangat kuat. Jadi, sudah menjadi tugas anda sebagai ibu bapa untuk memastikan kulit si manja sentiasa sihat dan kuat sambil menerokai dunia yang indah ini.
 

Scha Alyahya dan Lara Alana dipilih sebagai duta Johnson’s Milk.


 
Tahukah anda?
  • Kulit si kecil anda adalah 30% lebih nipis berbanding kulit anda dan ianya sangat sensitif, walaupun pada usia baru bertatih.
  • Mandian dewasa mungkin terlalu kasar dan akan menyebabkan kulit si kecil anda menjadi kering.
  •  Walaupun kulit si kecil mungkin kelihatan lembut pada permukaannya, ia akan kehilangan kelembapan lebih cepat berbanding dengan kulit orang dewasa.
  • Kulit si kecil akan berkembang sehingga empat tahun.

 
Saat si manja anda mula bertatih, kulitnya akan terdedah kepada persekitaran atau permukaan yang kasar. Tambahan lagi, kulit si manja anda masih lagi sensitif dan ia lebih cenderung kepada kekeringan. Oleh itu, penjagaan kulit sangat penting pada peringkat umur ini.
 

 
Johnson’s Milk kini memperkenalkan rangkaian mandian Johnson’s Milk dengan gabungan beras dan oat yang baik untuk kulit si manja anda.
 
Rangkaian Johnson’s® Milk + Rice
 
Rangkaian Johnson’s® Milk + Rice diperkaya dengan protein susu dan gabungan ekstrak beras. Ia dirumus khas untuk kulit si kecil anda yang berubah sambil dia membesar.
 
Mandian Johnson’s® Milk + Rice bukan sahaja membersih dengan berkesan malah ia membantu kulit agar ia sentiasa kekal lembut dan licin. Ia diperkaya dengan vitamin B5, C dan E dan juga mineral seperti magnesium, zink dan tembaga. Mandian ini dilengkapi dengan formula No More Tears® yang bertindak lembut pada kulit dan mata si kecil seperti air tulen.
 
Losyen Johnson’s® Milk + Rice yang kaya dengan protein susu, nutrien beras dan vitamin membantu anda mengekalkan kulit si kecil anda lembut, licin dan sihat.
 
Bedak Johnson’s® Milk + Rice pula menyerap kelembapan berlebihan pada kulit, lalu mengurangkan geseran yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan. Ia melengkapkan penjagaan kulit agar kulit lebih lembut, licin dan sihat.
 
Rangkaian Johnson’s® Milk + Oats

Rangkaian mandian susu dan oat dari Johnson’s ini dirumus khas untuk memberikan kelembapan mendalam, serta-merta dan berpanjangan dari penggunaan pertama. Malah, rangkaian ini dapat mengukuhkan perlindungan semula jadi kulit dan memberikan dua kali kelembapan selepas penggunaan.
 
Mandian Johnson’s® Milk & Oats membersih dan membaik pulih kulit kering yang mungkin disebabkan oleh mandian dewasa, mengekalkan lebih banyak kelembapan berbanding dengan sabun biasa dan mengukuhkan perlindungan semula jadi kulit. Ia adalah lembut pada kulit dan mata si kecil anda kerana ia juga dilengkapi dengan formula No More Tears®.
 
Losyen Johnson’s® Milk & Oats pula dirumus khas dengan protein susu dan oat serta mengandungi manfaat anti-oksida untuk memberikan lebih kelembapan sehingga 24 jam, memulihkan kulit kering dan melegakan ketidakselesaan akibat kekeringan kulit secara serta-merta.
 
Sebagai ibu bapa, pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak anda. Rangkaian mandian Johnson’s Milk semestinya yang terbaik untuk kulit si manja yang kini aktif bertatih untuk meneroka dunia.

The post Bawa Anak Anda Terokai Dunia Dengan Johnson’s Milk appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment