9 Tip Mudah Jimatkan Masa Dari Mencuci Rambut Setiap Hari

Mencucui rambut anda terlalu kerap boleh mendatangkan bahaya daripada kebaikan. Membasuh secara berterusan akan menyebabkan kelenjar minyak rambut anda untuk menghasilkan banyak lemak dan seterunya akan menyebabkan rambut anda rosak. Jelita kongsikan sembilan tip mudah untuk menjimatkan masa anda dari mencuci rambut setiap hari.
 

Gambar: Shutterstock


 
Jaga Pemakanan

Unutk memastikan rambut anda sentiasa bersih, elakkan dari mengambil makanan yang berlemak dan hidangan goreng daripada diet anda. Anda juga perlu menggelakkan peangambilan gula, roti putih dan makanan dalam tin. Gantikannya dengan buahan, sayuran, ternusu, daging tanpa lemak dan kacang. Ini akan membantu mengurangkan aktiviti kelenjar sebaceous.
 
Gunakan Syampu Kering

Untuk menyembunyikan rambut berminyak, bahagikan rambut anda kepada beberapa helai dan sapukan syampu kering ke akar rambut seperti anda menggunakan penyembur rambut, dari jarak lapan hingga 10 inci. Jika syampu itu dalam bentuk serbuk maka anda boleh terus sapukannya kepada akar rambut anda. Tunggu selama 10 minit dan kemudian sikat rambut anda. Syampu kering ini membantu untuk melindungi rambut anda yang berminyak untuk satu tempoh masa dan membuatkan rambut anda kelihatan bersih.
 
Jangan Abaikan Aksesori Rambut

Jika anda mempunyai rambut depan, skarf rambut boleh menyediakan pilihan dandanan rambut yang menarik. Apa yang perlu anda lakukan adalah membasuh rambut depan anda, pinkannya dan gunakan skarf kepala untuk memberikan sentuhan penamat kepada penampilan anda. Skarf sesuai untuk rambut yang diikat ketat atau longgar bahkan ia juga dapat membantu menambahkan gaya pada anda yang mempunyai rambut pendek. Bagi rambut yang berminyak, anda boleh gunakan aksesori seperti pin rambut atau getah rambut berbunga.
 
Beri Perhatian Kepada Suhu Air

Apabila anda mencuci rambut anda , pastikan anda menggunakna air panas atau suam kerana ia akan meningkatkan jumlah lemak yang dirembeskan oleh kulit. Selepas anda mencuci rambut, biarkan rambut anda kering secara semulajadi.
 
Tocangkan Rambut

Tidak kira apa juga jenis tocang, ia dapat membantu untuk menyembunyikan akar rambut yang berminyak. Semakin tebal tocang anda, lebih baik. Pastikan anda melakukan sedikit backcomb pada bahagian atas rambut anda untuk menyembunyikan bahagian rambut yang kelihatan seperti tidak dicuci. Anda juga perlu pastikan tocang anda tidak terlalu sempurna. Biarkan rambut anda terkeluar sedikit dari ikatan untuk menyembunyikan rambut yang berminyak.
 
Sikat Rambut Sebelum Tidur

Pastikan anda sikat rambut anda sebelum tidur. Sebaik sahaja anda meletakkan kepala anda di atas bantal. Tarik rambut anda ke belakang dan jika rambut anda panjang, anda boleh ikat rambut anda kepada ekor kuda atau tocang longgar.
 
Elakkan Mengikat Rambut Dengan Ketat

Cuba untuk elakkan dari menggayakan rambut anda dengan terlalu kemas. Ia akan membuatkan rambut anda kelihatan berminyak. Pilihan yang terbaik adalah untuk melonggarkan ikatan rambut dan gayakannya dalam gaya siput.
 
Basuh Berus

Jangan lupa untuk membersihkan sikat atau berus rambut anda dengan kerap untuk mengelakkan sisa lemak pada permukaan kulit, perapi atau sebagainya dari membuatkan rambut anda melekat. Berus dan sikat perlu dibasuk seminggu sekali dalam air suam dengan syampu atau sabun.
 
Cuci Rambut Dengan Betul

  • Keringkan rambut yang basah dengan baju-T dan bukannya tuala untuk melembutkan rambut kusut anda.
  • Jangan gosok kulit kepala anda. Gunakan hujung jari untuk mengurut syampu ke rambut anda.
  • Jangan sapu perapi rambut pada akar rambut.
  • Alihkan rambut anda ke depan sebelum mengunakan perapi rambut.

 

The post 9 Tip Mudah Jimatkan Masa Dari Mencuci Rambut Setiap Hari appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment