7 Tip Untuk Penerbangan Ideal Yang Ramai Tidak Tahu

Kapal terbang adalah salah satu pengangkutan paling moden dan ia tidak menghairankan jika ramai yang menggunakannya tidak tahu akan keunikannya. Jelita kongsikan tujuh tip untuk penerbangan ideal yang ramai tidak tahu.
 

Gambar: Shutterstock


 
Tempat Duduk Di Tepi Tingkap Lebih Sejuk

Suhu di luar kabin boleh jatuh serendah -60 darjah celsius ke -65 darjah celcius yang membantu menyejukkan fiuslaj pesawat. Suhu sejuk ini juga boleh dirasai oleh penumpang yang duduk di tepi tingkap terutama sekali sewaktu musim panas apabila kebanyakan penumpang memakai baju yang nipis. Jadi, jika anda ingin menikmati permandangan di luar tingkap kapal terbang, pastikan anda memakai pakaian yang tebal sedikit.
 
Elakkan Minum Kopi Atau Teh

Air minuman yang digunakan untuk menyediakan minuman panas di atas kapal terbang boleh mengandungi bakteria berbahaya seperti E.coli dan Staphylococcus aureus. Hal ini telah dipersetujui oleh pakar yang telah mengkaji item yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di dalam keadaan makmal. Jadi, daripada anda meminta teh atau kopi, ia adalah lebih baik untuk meminta air botol atau jus buah-buahan.
 
Meja Lipat Dan Poket Kerusi Adalah  Bahagian Paling Kotor Dalam Pesawat

Sebahagian sampah yang terkumpul semasa penerbangan biasanya akan berakhir dalam poket di abahagian belakan tempat duduk di hadapan anda. Dan ia jarang dibersihkan sewaktu penerbangan. Berita lebih buruk adalah meja lipat yang terdapat di hadapan anda. Kebanyakan krew penerbangan mengakui bahawa meja itu sering digunakan untuk menukar lampin bayi. Oleh itu, adalah digalakkan anda membawa beberapa paket tisu basah bersama anda, menyimpan barang peribadi di dalam beg dan tidak meletakkan makanan secara langsung di atas meja.
 
Waktu Penerbangan Terbaik Adalah Pada Waktu Pagi

Jika anda mempunyai pilihan masa untuk penerbangan anda, waktu yang terbaik adalah untuk memilih penerbangan di waktu pagi kerana ia jarang sekali akan ditunda. Selain itu, pakar mendakwa penerbangan pada waktu pagi tidak begitu banyak pergolakan (turbulence)
 
Perkhidmatan Akan Lebih Baik Jika Anda Duduk Di Barisan Terakhir

Jika anda duduk di barisan pertama, anda boleh mengharapkan untuk menjadi yang pertama untuk keluar dari pesawat selepas mendarat serta mendapatkan pilihan hidangan. Namun sebaliknya, jika anda memilih tempat duduk yang lebih dekat dengan kabin, anda boleh mendapatkan lebih perhatian daripada krew pesawat. Hal ini kerana ia ternyata lebih mudah untuk membawa makanan tambahan atau yang lain kepada penumpang di barisan belakang tanpa disedari oleh penumpang yang lain.
 
Jangan Penuhkan Kusyen Leher Anda Pada Jumlah Yang Penuh

Apabila anda membawa bantal angin untuk leher anda ke dalam pesawat, jangan lupa tentang hukum fizik. Jika anda mengisi sepenuhnya dengan udara ia akan pecah disebabkan oleh perubahan dalam tekanan dalam kabin. Oleh itu, bairkanlah bantal angin anda itu sedikit kempis.
 
Membuat Pilihan Menu Khas

Kebanyakan syarikat penerbangan ada menawarkan pilihan makanan dalam penerbangan yang berbeza. Kini, anda boleh mendapatkan menu vegetarian, makanan laut dan menu yang halal dan banyak lagi. Ramai mengesyorkan untuk membut pilihan menu sebelum menaiki pesawat kerana ia menawarkan lebih banyak jenis makanan dan ia juga ternyata lebih enak.

 

The post 7 Tip Untuk Penerbangan Ideal Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment