7 Tip Mudah Untuk Jimatkan Penggunaan Petrol

Peningkatan harga minyak walaupu sedikit pasti akan memberi kesan kepada semua pengguna jalan raya. Allianz General telah berkongsi beberapa cara untuk menjimatkan petrol agar anda dapat menggunakan minyak dan diharapkan turut membantu anda menjimatkan beberapa ringgit.
 

Gambar: INGimage


 
Matikan Enjin

Matikan enjin kereta jika anda sedang menunggu seseorang untuk tempoh masa yang lama bagi mengelakkan pembakaran petrol yang berpanjangan.
 
Kurangkan Barangan Di Dalam Bonet Kenderaan

Berat tambahan di bonet akan menyebabkan pembakaran petrol yang banyak. Bonet kenderaan anda juga harus mengandungi kit pertolongan cemas, tayar ganti serta peralatan pembaikan dan keselamatan, Membawa kargo tambahan akan membuatkan kereta anda membakar lebih banyak petrol- sering kali dikatakan bahawa setiap 45 kilogram yang anda tambahkan pada kereta anda, anda akan menggunakan sejumlah kira-kira 2 peratus lebih petrol!
 
Pastikan Kereta Berada Dalam Keadaan Yang Baik

Sentiasa servis kereta anda mengikut masa yang ditetapkan. Penyelenggaraan yang kurang baik akan mengakibatkan penggunaan petrol yang berlebihan. Di samping itu, pastikan penapis anda diperiksa dengan kerap. Penapis yang bersih akan memastikan kecekapan pembakaran petrol
 
Isikan Angin Tayar

Tayar yang tidak mempunyai angin yang cukup adalah berbahaya kerana anda akan mengalami risiko pegangan jalan yang teruk, menyebabkan deretan dan rintangan yang berlebihan dan sekaligus meningkatkan penggunaan petrol. Selain itu, tayar yang dipam dengan betul adalah lebih selamat dan tahan lebih lama!
 
Dapatkan Nilai Yang Terbaik

Tidak semua petrol adalah sama. Jadi, eksperimen dengan pelbagai jenis petrol untuk melihat mana yang menawarkan nilai yang terbaik. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar kereta atau mekanik untuk mengetahui petrol yang bersesuaian dengan kereta anda.
 
Jangan Pandu Dengan Laju

Menggunakan brek secara berlebihan akan membazirkan petrol dan boleh menyebabkan pad brek anda haus dengan cepat jadi jaga jarak yang selamat dan patuhi had kelajuan. Selain itu, kelajuan yang kurang bermakna kurang petrol yang dibakar.
 
Letak Kereta Di Tempat Yang Teduh

Sentiasa letakkan kereta anda di tempat yang teduh. Dengan cara itu, penghawa dingin anda tidak akan perlu bekerja lebih keras utuk memastikan anda sejuk. Ini bermakna peluang penyejatan petrol kurang berlaku sekiranya anda di bawah cahaya matahari.

The post 7 Tip Mudah Untuk Jimatkan Penggunaan Petrol appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment