Satu kajian telah dijalankan di Barat oleh Harris Interactive menunjukkan bahawa pekerjaan yang meilbatkan tahap tekanan tinggi mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk pekerjanya mengalami masalah berat badan. Jelita senaraikan lima pekerjaan yang boleh membuat berat badan anda naik.
Gambar: Shutterstock
Agen Pelancongan
Mereka yang bekerja sebagai agen pelancongan perlu memudahkan pelanggan, merancang dan mengatur perjalanan mereka, Proses ini akan melibatkan banyak tekanan kerana selain daripada perlu memenuhi keperluan pelanggan, agen pelancongan juga harus mencapat sasaran jualan yang ditetapkan.
Peguam
Dalam bidang ini, stress dan tekanan adalah perkara biasa. Jadi makan kerana tekanan sehingga tidak mengawal jumlah dan tahap kalori telah menjadikan peguam sebagai salah satu pekerjaan yang akan membuatkan berat badan anda bertambah.
Pekerja Sosial
Sama seperti agen pelancongan, pekerja sosial juga banyak menghabiskan masanya dengan duduk bersama pelanggan mereka. Mereka sering makan di meja mereka dan hampir tidak pernah mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam latihan atau aktiviti fizikal semasa hari kerja mereka.
Guru
Apabila anda mendengar perkataan “Guru”, apa imej pertama yang akan terlintas di fikiran anda? Pastinya akan terbayangkan imej seseorang sedang duduk di meja, bukan? Guru kadang-kadang akan duduk di meja mereka ketika sedang mengajar dan mereka juga akan melakukan semua kerja pentadbiran mereka sambil duduk.
Pelukis, Pereka Dan Arkitek
Pekerjaan ini seiring dengan waktu kerja fleksibel dan bebas. Kebanyakan pekerja dalam bidang ini bergantung kepada kreativiti dan inspirasi maka mereka tidak perlu berpegang kepada jadual yang ketat. Begitu juga dengan waktu makan mereka. Mereka makan apabila mereka mahu dan mereka bekerja sambil duduk.
The post 5 Pekerjaan Ini Boleh Membuat Berat Badan Anda Naik appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment