Salah faham adalah perkara yang biasa berlaku dalam hubungan suami dan isteri. Kadang kala ia boleh menyebabkan pergaduhan kerana tidak diselesaikan dengan cara yang betul. Jelita kongsikan tiga peraturan mudah untuk elakkan salah faham dalam hubungan anda dan suami anda.
Apabila bercakap tentang kehendak anda, jangan gunakan perkataan “tidak” dan “tidak akan.”
Perkataan “tidak” dan “tidak akan” mempunyai keupayaan untuk memberikan kenyataan negatif. Oleh itu, ia tidak akan berkesan sekiranya anda menggunakan perkataan ini sekiranya anda ingin berbincang tentang kehendak anda. Selain, itu pasangan anda mungkin sukar untuk memahami bagaimana mereka perlu bertindak apabila mereka mendengar frasa ini, kerana kekeliruan akan meninggalkan mereka dengan pilihan yang berbeza.
Ayat yang kurang sesuai: “Saya tidak mahu awak mengawal saya.”
Ayat yang sesuai: ” Saya nak awak percayakan saya.”
Cuba gunakan perkataan “dan” dan bukannya “tetapi”
Peraturan ini mungkin tampak mudah namun anda harus pastikan yang anda akan sentiasa mengaplikasikan peraturan ini dalam kehidupan anda. Dan ia pasti berbaloi kerana peraturan ini akan membantu komunikasi anda bersama pasangan anda. Cubalah!
Ayat yang kurang sesuai: “Saya boleh memahami awak, tetapi saya juga mahu awak memahami saya.”
Ayat yang sesuai: “Saya boleh memahami awak, dan saya juga mahu awak memahami saya.”
Jangan rosakkan pujian dengan perkara negatif.
Menyatakan rasa tidak puas hati ketika sedang memberikan pujian bukanlah satu perkara yang bijak untuk dilakukan. Sekiranya anda ingin memberikan pujian kepada pasangan anda, pastikan anda tidak menggabungkannya dengan kritikan kerana ia mungkin akan menyinggung perasaan pasangan anda.
Ayat yang tidak sesuai digunakan: “Makan malam ini sungguh enak, bukan macam semalam.”
Ayat yang sesuai: “Makan malam ini sungguh enak, terima kasih!”
The post 3 Peraturan Mudah Untuk Elakkan Salah Faham appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment