Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Seniman legenda tanahair, Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati. Arwah meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang semalam.
 

Gambar: Instagram


 
Berita kematian arwah disahkan oleh anak kedua arwah, Putera Hang Jebat. Arwah meninggal dunia setibanya di klinik kira-kira jam 5.45 petang semalam.
 
Tambah Hang Jebat, dia dan adiknya, Hang Nadim masih lagi terkejut dengan apa yang telah berlaku ke atas Allahyarham.
 

“Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera bawa ayah ke klinik berdekatan. Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,” Putera Hang Jebat- BH Online.

 
Takziah diucapkan buat keluarga arwah. Industri filem tanahair telah kehilangan seorang lagi permata yang sentiasa menyinari dunia perfileman negara. Al-Fatihah.

 

The post Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment