Salman Khan Bakal Terbang Ke Kuala Lumpur Bulan Depan Demi Sebuah Konsert

Buat julung kalinya pelakon bertubuh sasa terkenal Bollywood iaitu Salman Khan bakal terbang ke Malaysia untuk menghiburkan peminat di konsert Da Bang The Tour Live in Malaysia pada 14 April nanti.

 

Gambar : Sumber Google

 

Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Mines Seri Kembangan. Turut hadir nanti adalah Prabhu Deva, Tamannah, Bipasha Basu, Badshahh, Manish Paul dan Daisy Shah.

 

Kuala Lumpur merupakan destinasi pertama siri jelajah ini. Selepas itu mereka akan terbang ke Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne Australia.

 

Gambar : Sumber Google

 

Tiket Da Bang The Tour Live in Malaysia kini sudah pun mula dijual menerusi laman web redtix.airasia.com dengan harga serendah RM111 sehingga RM2,222.

 

Penganjur kepada konsert jelajah ini iaitu Datuk G.Geethangali menyatakan bahawa mereka yakin yang konsert Bollywood ini akan menjadi satu konsert Bollywood yang paling besar pernah diadakan di Malaysia dan pastinya ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat-peminat hindustan di negara ini.

 

 

 

The post Salman Khan Bakal Terbang Ke Kuala Lumpur Bulan Depan Demi Sebuah Konsert appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment