Panduan Menjaga Bayi Lelaki Dan Perempuan

Menjaga dan membersihka bayi baru lahir bukan mudah. Ibu perlu mempunyai ilmu untuk mengendalinya. Genital bayi sangat lembut, jadi mencuci bahagian ini memerlukan penjagaan khas. Anda boleh mencuci penis atau vagina bayi dengan air biasa untuk dua minggu pertama. Selepas itu, anda boleh menambahkan sedikit pembersih pH neutral lembut kepada air basuh atau mencuci kawasan genital dengan sabun pelembap yang lembut. 

Jika, pada bila-bila masa, kulit bayi anda kering, tambah larutan emolien mandi dalam air apabila memandikannya. Tetapi, menambahkan emolien kepada air membuatkan bayi anda licin dan sukar dipegang.

Panduan penjagaan bayi lelaki

  1. Ketika menukar lampin dan mandi, cuci atau sapu sekeliling penis dan skrotum bayi anda untuk membuang sebarang kekotoran yang ada.
  2. Sewaktu dia seorang bayi, penisnya akan membersih sendiri secara semula jadi. Jangan cuba menarik balik kulup iaitu kulit pada hujung penis untuk mencucinya sebab anda tidak akan dapat menariknya kembali ke tempat asal.
  3. Biasanya kulup penis bayi anda terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun. Anda tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu dan anda mungkin mencederakannya jika anda mencuba.
  4. Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan dan ini boleh mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Anda mungkin menyebabkan masalah kepada bayi pada kemudian hari.
  5. Jika bayi anda sudah disunat, anda boleh mencuci penisnya ketika mandi biasa. Selepas mandi, sapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindungi daripada bergesel dengan lampin.
  6. Lebih baik jika anda membenarkan udara beredar di keliling penis bayi sewaktu proses pemulihan. Jika boleh, aturkan masa-masa tertentu apabila bayi tidak memakai lampin.
  7. Penis bayi yang disunat mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.

Panduan penjagaan bayi perempuan
1. Sewaktu menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk menyapu tempat itu dari hadapan ke belakang. Sapu dari hadapan ke belakang membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra dan menyebabkan infeksi. Jika lampin bayi anda sangat kotor dan najis memasuki bibir vagina bayi, gunakan jari bersih, bukakan bibir vagina bayi dan sapu dari atas ke bawah menggunakan kapas basah.

  1. Kemudian, ambil dua lagi lapisan kapas basah, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.
  2. Apabila memandikan bayi, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di keliling tempat itu dan sapu dari hadapan ke belakang.
  3. Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin mendapati vagina bayi anda itu bengkak dan kemerahan atau dia mengeluarkan lelehan jernih, putih atau berdarah sedikit. Ini perkara biasa dan berlaku disebabkan dia terdedah kepada hormon anda ketika dia masih dalam uterus (rahim).Tetapi, jika bayi anda masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor sewaktu pemeriksaan posnatum bayi kelak.

The post Panduan Menjaga Bayi Lelaki Dan Perempuan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment