Nora Danish Dan Nedim Bakal Nikah Hujung Bulan Ini?

Tidak menafikan tetapi Nora Danish sememangnya sedang menghitung hari menuju ke hari bahagianya bersama Nedim Nazri.

 

Gambar : Instagram Nora Danish

 

Sebelum ini Nora sememangnya pernah menyatakan berkali-kali akan niatnya dan Nedim untuk bernikah. Kali ini, menerusi ruangan di dalam sebuah keratan akhbar menyatakan yang mana Nora bakal bernikah pada hujung bulan Mac ini atau awal bulan hadapan dan jawapannya adalah “Insya-Allah.”

 

Nora pernah memberitahu yang mana dia dan Nedim mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini juga. Namun baginya dia tidak mahu berkongsi berita gembiara itu lebih awal kerana takut jika ia tidak menjadi kenyataan.

 

Gambar : Instagram Nora Danish

 

Ibu kepada Putera Rayqal ini juga pernah mengulas tentang perkahwinannya dan dia tidak mahu membazir dalam merancang majlis perkahwinan kali keduanya itu. Asalkan cukup melakukan majlis pernikahan sahaja.

 

“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Saya sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin,” kata Nora.

 

 

Jika benar berita ini, semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar buat Nora dan Nedim.

 

 

The post Nora Danish Dan Nedim Bakal Nikah Hujung Bulan Ini? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment