Syarikat keluaran barangan sukan, Nike bakal melancarkan koleksi hijab sukan yang direka khas untuk individu yang beragama Muslim.
Nike telah melaksanakan perancangan koleksi hijab ini lebih daripada setahun dan turut bekerjasama dengan atlet yang terkenal seperti Amna Al Haddad dari United Arab Emiraes, pelatih sukan Nike + Run, Manal Rostom dan juga peluncur ais dari UAE, Zahra Lari untuk menentukan bagaimana koleksi hijab ini dapat memenuhi keperluan budaya beberapa atlet wanita yang beragama Islam.
Koleksi hijab ini direka dengan menggunakan maerial poliester mesh yang ringan agar ia dapat menyalurkan pernafasan kepada kepala atlet ketika memakainya. Ia akan dihasilkan dalam warna hitam dan kelabu muda dan disertakan dengan lambang rasmi Nike.
“I was thrilled and a bit emotional to see Nike prototyping a Hijab. I’ve tried so many different hijabs for performance, and … so few of them actually work for me. But once I put it on and took it for a spin on the ice, I was blown away by the fit and the light weight,” Zahra Lari- CNN
Ini adalah kali pertama jenama sukan utama dari Amerika Syarikat telah mencipta hijab sukan untuk wanita Islam. Nike Pro Hijab akan dikeluarkan pada awal tahun depan.
The post Nike Lancarkan Hijab Yang Direka Khas Untuk Bersukan appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment