Natalie Portman Selamat Lahirkan Anak Kedua

Pelakon jelitawan Hollywood, Natalie Portman telah selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat.
 

Gambar: TPGimage


 
Wakil kepada pelakon itu mengesahkan Portman dan suaminya,Benjamin Millepied telah menyambut kelahiran anak perempuan mereka yang diberi nama Amalia pada 22 Februari lalu.
 
Ini adalah anak kedua pasangan itu yang telah berkahwin pada tahun 2012. Anak lelaki mereka, Aleph kini sudah berusia lima tahun.
 
Pada Ahad lalu, Portman dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk peranan dalam filem “Jackie” pada Anugerah Oscars namun dia tidak menghadiri majlis tersebut.
 
Suami Portman, Millepied pula adalah seorang penari dan koreografer yang pernah bekerja bersama Portman dalam filem “Black Swan.” Dia juga adalah pengasas dan pengarah L.A. Dance Project, sebuah syarikat tarian kotemporari yang bekerja dengan artis yang baru muncul di dalam industri hiburan.
 
Tahniah buat pasangan ini atas kelahiran ahli keluarga baru mereka.

 

The post Natalie Portman Selamat Lahirkan Anak Kedua appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment