Satu petanda buruk bakal kamu redah bila mana berdepan dengan konflik cinta kekasih toksik. Mulanya berkelakuan baik, disenangi dan sesuai sekali tetapi kini berubah jadi yang paling psiko, ditakuti berbanding mereka yang pernah singgah dalam hidup kamu.
Gambar : Shutterstock
Kelakuan si dia pasti menghantui hari-hari indah kamu. Akhirnya ribut melanda mencetus amarah. Si dia enggan melepaskan dan kamu pula menarik diri, bilakah drama ini akan berakhir?
Break it off!
Berdepan dengannya, luah apa yang tersirat dan tamatkan sengketa dengan pengakhiran yang baik. Once and for all! Usah berdendam, apatah lagi berdengki. Jika kamu mahu berpisah, beranikan diri berpegang teguh kepada matlamat awal tadi. Akhiri hubungan, jangan beri si dia harapan!
Kenapa? Mengapa?
Terangkan kepadanya apakah sebab retak hubungan dan mengapa kamu enggan kembali. Katakan kamu benar-benar tidak boleh bersama, dengan jujur nyatakan sebab tapi awas, jangan terlalu sinikal dan menuding jari. Benar kala kita di reject, hati akan panas membuak, sukar pula si dia lupakan kamu nanti.
Ops, Jangan Main Cinta!
Jangan tambah penangan cinta. Pasti susah terlepas dari belenggu si dia.Bila berurusan secara baik namun tidak diendahkan, kamu perlu tegas. Jika kamu mahu memujuk dia kembali, ini adalah ujian paling berjaya. Namun jika kamu benar mahu menamatkannya, usah semarakkan lagi cinta lama. Lupakan dan buat bodoh sahaja!
Pengganti baru
Elak bercinta hanya kerana kamu sepi bersendiri. Apatah lagi bila kamu benci berada di dalam satu hubungan cinta akibat sakit hati dengan yang sebelumnya. Sediakan mental dan fizikal untuk menerima cinta baru. Buktikan pada si dia, kamu boleh bahagia dan tidak memerlukan kehadirannya. Moga-moga dia percaya dan berundur segera!
Isyarat Tersirat
Tidak mahu bersama? Katakan dengan jelas dan tegas. Bila kamu ragu-ragu, sekejap mahu dan tidak mahu, si dia akan mengambil kesempatan mengganggu. Malah akan menganggap kamu mahu menyelamatkan cinta. Pada dia, peluang masih terbuka dan menganggap ini juga ujian mahu memikat kamu semula.
Bukan Gurauan!
Ini bukanlah satu sikap mahu tarik tali, ya. Jelaskan kamu mahu hubungan cinta antara kamu ditamatkan. Pabila salah tafsir gerakan badan dan kata, segala-galanya jadi serba tidak nyata. Jelaskan dengan terperinci kamu tidak mahukannya, gesa si dia berhenti berharap dan mulakan hidup baru. Tanpa kamu!
Bersikap Buruk
Buat si dia turn off dengan sikap buruk kamu. Tunjukkan belang, jika berani keluarkan kata-kata yang tidak enak (bukanlah suatu yang elok dinasihatkan) didengar agar dia berhenti mengganggu apatah lagi menyukai kamu. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat memadamkan api cinta terhadap kamu daripada berterusan.
Panggilan Mengejut
Bila kerap dikacau, hingga habis helah dipakai mungkin dengan sedikit amaran boleh menakutkan si dia? Jika kamu punya pasangan baru, rancang bersamanya. Supaya tidak diganggu dan memecah belah hubungan yang baru berputik. Minta pasangan kamu slow talk supaya dia jauhkan dirinya dan berhenti mengganggu.
Bukan mudah melarikan diri, apalagi kala berdepan meleraikan janji. Baik buruk perhubungan bila diambil iktibar dari kekurangan yang ada bakal memberi pengajaran dan pengalaman yang tidak bisa dibeli. Selesaikan sengketa, kamu bakal menempuh bahagia!
The post Lelaki Psiko? Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Anda Untuk Atasinya appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment