Koleksi Terhad Little Gardens Häagen-Dazs

Koleksi edisi terhad Little Gardens Häagen-Dazs™ kembali musim bunga ini dengan perisa baru iaitu Elderflower & Blackcurrant!

Häagen-Dazs™ sekali lagi membawa kepada anda koleksi Little Gardens edisi terhad. Pada musim bunga ini, aiskrim perisa Rose Raspberry & Lychee yang mendapat sambutan hangat tahun lalu kembali beriringan bersama perisa baru, Elderflower & Blackcurrant.

Di pasaran untuk tempoh terhad, Koleksi Little Gardens mengetengahkan corak bungkusan menawan dan menyerlah yang dihasilkan oleh Kitty McCall, pereka hiasan dalaman dari London yang terkenal dengan kesenian berwarna-warni.

Häagen-Dazs™ menjejak seluruh pelosok dunia untuk memperoleh hanya ramuan terbaik dan perisa edisi terhad yang mengetengahkan falsafah utama Häagen-Dazs™ iaitu penggunaan ramuan yang terbaik untuk menghasilkan aiskrim bertekstur lembut dan dipenuhi rasa yang menambat hati ramai.

Rose Raspberry & Lychee

Berilhamkan pencuci mulut yang terkenal di serata dunia, Ispahan Macaron, perisa ini direka khas dan menampilkan kombinasi sempurna keharuman bunga ros dan kemanisan buah-buahan. Menggabungkan esktrak ros Turki, laici yang dipetik tangan dari Taiwan dan raspberi termanis, aiskrim yang harum semerbak bunga ini dipenuhi rasa ros dan buah-buahan manis yang pasti menawan sesiapa sahaja yang merasanya.

Elderflower & Blackcurrant (Baru)

Hasil adunan bunga elderflower dari Eropah dan blackcurrant yang lazat dipetik tangan dari Perancis. Perisa ini menggabungkan rasa elderflower yang lembut dengan kemanisan blackcurrant untuk menghasilkan kombinasi rasa buah dan bunga yang unik dan mengasyikkan.

Setiap pain berharga RM 32.15 dan terdapat di semua cawangan Häagen-Dazs™ seluruh Malaysia. Sempena penjualan koleksi Little Gardens, Häagen-Dazs™ turut menyediakan edisi terhad manisan yang direka khas. Menu ini termasuk Elderflower & Blackcurrant Cake (RM88.90), Flower Fondue (RM75.00) dan Flower Rhapsody (RM27.90).

Kek Elderflower hanya dijual untuk dibawa pulang dan harga yang tertera termasuk GST serta boleh dikenakan caj servis di mana berkenaan. Kesemua produk dalam Koleksi Little Gardens dijual atas dasar selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari http://ift.tt/2lAR3gb.

The post Koleksi Terhad Little Gardens Häagen-Dazs appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment