Kenali Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau

Baru-baru ini gambar semasa muda Perdana Menteri Kanada, Justin Truedeau telah tersebar di laman sosial media. Ramai yang jatuh cinta dengan gambarnya sewaktu dia masih muda. Tetapi siapakah sebenarnya jejaka yang sering menjadi pujaan ramai ini?
 

 

 
Jelita senaraikan lima perkara yang anda perlu tahu mengenai Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
 
1. Dia Seorang Feminis

Tidak ramai lelaki yang boleh mengaku dirinya sebagai feminis. Tetapi bagi Trudeau definisi feminism itu sesuai dengan dirinya. Trudeau digelar sebagai feminis kerana hampir 50 peratus menteri kabinet yang dilantik oleh Trudeau adalah wanita. Trudeau pernah ditanya kenapa pembahagaian sama rata antara wanita dan lelaki sangat penting dalam kabinetnya, Trudeau hanya menjawab, “Kerana ini tahun 2015.” Trudeau juga telah berulang kali mengisytiharkan bahawa dia adalah feminis dan dia akan terus berbuat demikian sehingga tiada lagi yang mempersoalkan pendiriannya mengenai hak-hak wanita.
 

“Quite frankly as often as I can, and every time I do it gets huge reaction and media reacts and the Twitterverse explodes anda things like that, because here I am saying ‘I’m a feminist. I will keep saying that untill there is no more reaction to that when I say ot because that’s where we want to get to,” Justin Trudeau- Vox

 
2. Dia Dilahirkan Dalam Keluarga Politik

Sebelum Trudeau dipilih sebagai Perdana Menteri Kanada, dia sendiri berasal dari keluarga yang terlibat dalam politik. Bapanya, Pierre Trudeau pernah menjadi Perdana Menteri Kanada dari tahun 1968-1979 dan sekali lagi pada tahun 1980 hingga 1984. Seperti bapanya, Trudeau juga adalah ahli parti Liberal negara.
 
3. Dia Mengamalkan Yoga

Dalam beberapa gambar yagn dumuatnaik oleh Trudeau menunjukkan yang dia boleh mengimbangi dirinya serta mampu melakukan beberapa posisi yoga yang agak sukar. Hey, kalau dia boleh mengimbangkan badannya dengan tangannya maka tidak disangkal lagi yang dia boleh membawa beban Kanada di atas bahunya.
 

 
4. Dia Seorang Yang Bijak

Ternyata Trudeau mempunyai pakej yang lengkap, otak dan otot. Dalam video ini, seorang wartawan telah menanyakan kepada Trudeau sama ada dia memahami konsep pengkomputeran kuantum, tanpa teragak-agak, Turdeau menjelaskan maksud pengkomputeran kuantum dengan lancar dan jelas. Trudeau juga mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan di Universiti McGill dan University of British Columbia.
 

 
5. Dia Mempunyai Tatu

Mungkin dia adalah satu-satunya perdana menteri yang mempunyai tatu di lengannya.  Trudeau mempunyai dua jenis tatu yang digabungkan dalam satu di lengannya. Tatu yang pertama adalah tatu Bumi yang dilukiskan pada lengannya ketika dia berusia 23 tahun. 17 tahun kemudian, dia menambahkan tatu burung gagak yang dilukiskan oleh Robert Davidson, seorang artis Haida.
 

Gambar: Instagram

The post Kenali Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment