Ibu Perlu Bahagi Masa Untuk Berfesyen- Diana Danielle

Memiliki tubuh ramping dan berkulit mulus adalah satu bonus bagi Diana Danielle. Meskipun kini sudah dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama pelakon terkenal Farid Kamil, penjagaan tubuh badan dan fesyen yang melambangkan personaliti wanita berdarah kacukan ini tidak diketepikan. Setiap busana yang disarung samada ke majlis karpet merah atau santai, ada saja mata yang memerhatikan. Bahkan ada juga peminat yang tertanya-tanya citarasa Diana Danielle dalam berpakaian. Ketika Jelita bertanyakan topik ini, dia tidak lokek untuk berkongsi gaya fesyennya. Jom tinjau apa yang menarik mengenai citarasa pelakon yang pernah memainkan watak dalam lakonan dibawah Datuk Yusof Haslam.

Image result for diana danielle

Apakah erti fesyen dimata anda?

Jawapan: Fesyen adalah satu pengantara untuk kita luahkan siapa diri kita di mata umum dengan cara berbeza dan ia juga menterjemah personaliti kita. Sudah tentu fesyen memainkan peranan penting sepertimana pentingnya juga personaliti menarik diri kita.

Apakah item fesyen koleksi peribadi paling anda sayangi yang anda dalam gerobok anda?

Jawapan: Item paling saya sayang dan masih ada sehingga hari ini  adalah jaket berfabrik kulit berjenama Gucci. Jaket tersebut berwarna biru dan ianya amat sukar untuk didapati di mana-mana pusat beli belah.

Adakah tanggungjawab terhadap keluarga menyekat anda untuk berfesyen?

Jawapan: Saya akui akan ada perubahan. Fokus kita memang beralih pada anak-anak. Namun saya lebih gemar menyiapkan si kecil terlebih dahulu kerana saya boleh mempunyai masa yang lama untuk berdandan.

Image result for diana danielle anak

Pereka fesyen yang menjadi idola?

Jawapan: Ramai pereka fesyen yang saya sokong. Paling saya gemari, Farah Khan dan Coco Chanel.

Jenama fesyen kegemaran?

Jawapan: Apa sahaja yang santai, label Indie. Tidak kisah apa juga jenama yang penting tahu cara menggayakannnya.

 

The post Ibu Perlu Bahagi Masa Untuk Berfesyen- Diana Danielle appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment