Hiasan Dinding Pelengkap Seri Kediaman

Selain perabot dan perhiasan menawan, kediaman nan indah juga perlu diserikan dengan hiasan dinding bersesuaian dengan konsep dambaan.

Kebiasaannya dinding dihias dengan cat biasa tanpa sebarang motif tertentu. Dengan sedikit kreativiti, dinding yang membosankan boleh tampak indah dan mencuri pandangan. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghias dinding rumah contohnya seperti meletakkan dekorasi barang yang telah sedia ada di rumah – kertas origami, huruf blok kayu, gambar lama atau lukisan yang anda hasilkan di masa lapang.

Di sini Jelita kumpulkan lima idea kreatif untuk menghias dinding kediaman dengan berseni. Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.

  1. Hias dinding yang kosong dengan bingkai gambar. Bingkai yang bergambar kedengaran sudah normal, bukan? Cuba hiaskan dengan beberapa bingkai kosong dengan pelbagai bentuk. Ia sangat menarik perhatian dan sudah tentu akan memberikan keunikan pada dinding anda.
  2. Kepada pengumpul album lama, daripada menyimpan dan ditinggal berhabuk di dalam kotak atau di rak, kenapa tidak gantungkan di dinding di mana ia boleh menjadi sebagai satu ruang memori atau pameran untuk koleksi lama. Pada masa yang sama, ia boleh menjadi topik perbualan hangat bagi tetamu yang hadir.
  3. Cermin juga boleh menjadi pengganti terbaik kepada lukisan, terutamanya untuk ruang yang kecil. Cermin adalah penambahan glamor kepada dinding anda lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan bingkai gambar bercermin.
  4. Jika anda sentiasa berpergian, kumpul semua gambar dan poskod dari negara yang telah anda lawati dan tampal di dinding bagi menggantikan kertas perhiasan dinding. Bukan sahaja ia akan manampakkan kelainan kepada kediaman, bahkan ia boleh menjadikan ruang sedia ada tampak lebih santai dan selesa.
  5. Satu lagi cara lain bagi mempamerkan rasa cinta anda kepada pengembaraan adalah dengan menampalkan peta dunia. Lebih-lebih lagi peta yang berunsurkan vintage!
  6. Gunakan cat premium (contoh: Momento Nippon) untuk efek tekstur bagi memperindah dan memberikan kelainan pada ruang rumah anda.

The post Hiasan Dinding Pelengkap Seri Kediaman appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment