Gigi Hadid DiKecam Netizen Kerana Bertudung

Nama Gigi Hadid tidak asing lagi dalam dunia peragaan bahkan model terkenal itu pernah menghiasi hampir 17 muka depan majalah fesyen berprestij di dunia iaitu majalah Vogue. Namun, pada usia 21 tahun, model terkenal itu telah menerima kritikan mengenai kerjanya.
 

Gambar: Instagram Gigi Hadid


 
Isunya bermula apabila Hadid dipilih untuk menghiasi majalah Vogue Arab Saudi dan di muka depan itu, Hadid kelihatan seperti memakai tudung yang lebih kelihatan seperti veil bermanik daripada tudung biasa. Di bahagian dalam pula, Hadid telah mengenakan tudung biasa dan hal ini telah membuatkan ramai yang rasa tidak puas hati dengan tindakan model terkenal itu.
 
Kebanyakan netizen telah menuduh Hadid sebagai religious appropriation. Ada di antara netizen yang menganggap Hadid memakai tudung hanya untuk membuat kenyataan fesyen sedangkan ramai wanita Islam yang diaibkan apabila memakai tudung, Ada juga diantara netizen yang menanyakan pihak majalah mengapa mereka tidak mengambil model yang beragama Islam untuk menghiasi muka depan majalah Vogue yang dikeluarkan di negara yang diduduki oleh orang Islam.
 
Gigi Hadid bukan Muslim namun dia berketurunan Palestin dari sebelah bapanya (Ayahnya, Mohamed berasal dari Jordan- Amerika dan berketurunan Palestin manakala ibunya, Yolanda adalah Belanda- Amerika. Hadid sememangnya lantang bersuara mengenai keturunannya dan juga turut lantang dalam menentang perintah eksekutif yang dikeluarkan Trump yang mengharamkan pendatang dari negara Islam untuk masuk ke Amerika. Hadid juga tidak pernah menafikan keturunan asalnya bahkan dia seringkali menyebut mengenai keturunannya itu.
 
Tidak semua yang merasakan tindakan Hadid itu tidak sesuai. Ada yang menganggapnya sebagai satu langkah positif dalam memperkenalkan kepelbagaian dalam industri fesyen. Walaupun Hadid bukan beragama Islam namun dia mempunyai sebahagian hubungan dengan negara Islam.
 
Dibawah adalah antara komen yang dikelurkan oleh netizen:
 

 

 

 

 

 

 

The post Gigi Hadid DiKecam Netizen Kerana Bertudung appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment