Cara Berkesan Untuk Memberi Anak Makan Ubat

Memberikan ubat kepada kanak-kanak memang sesuatu yang menyukarkan. Anda memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul. Tetapi kini terdapat pelbagai jenis peralatan sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur si kecil dan keupayaannya untuk menelan ubat.

Persediaan cecair:

  • Sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak baru lahir hingga satu tahun.
  • Kenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
  • Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45 darjah.
  • Balut bayi menggunakan kain atau selimut bayi.
  • Pakai peralatan sesuai bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
  • Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.

Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang dipecah atau dihancurkan:

  • Kanak-kanak di antara satu tahun hingga prasekolah.
  • Campurkan ubat dengan puding.
  • Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
  • Jangan marah atau denda si kecil jika dia mengeluarkan semula ubat itu.
  • Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
  • Kanak-kanak lima tahun dan ke atas selalunya boleh menelan ubat sendiri.
  • Jangan sesekali benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibu bapa.

Anak memuntahkan semula ubat?

  1. Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama
  2. Sekiranya muntah berulang kali, berhenti dan hubungi doktor dengan segera.
  3. Jika si kecil perlu makan ubat dalam jangka masa panjang, anda boleh beli alat pemecah ubat bagi memudahkannya menelan.
  4. Berlainan jika pengambilan ubat untuk jangka masa pendek, anda boleh hancurkan ubat menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.
  5. Anda boleh cuba melarutkan ubat mengikut arahan yang tertera pada bungkusan ubat.
  6. Jika anda kurang pasti, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis supaya si kecil mendapat manfaat daripada pengambilan sesuatu jenis ubat.

 

 

The post Cara Berkesan Untuk Memberi Anak Makan Ubat appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment