Peminat fesyen aksesori cermin mata kini boleh mengumpul lebih banyak lagi koleksi unik dengan pelancaran kedai cermin mata subsidiari di bawah Focus Point iaitu Whoosh.
Dilancarkan di Sunway Pyramid baru-baru ini, ia menjadikannya kedai yang ke 18 dibuka sejak penubuhannya pada 2015. Whoosh muncul sebagai jenama pemakaian produk cermin mata fesyen yang diterima dengan baik dalam kalangan mereka yang menggemari cermin mata yang bergaya.
Kedai cermin mata “berkonsep terbuka” menerima permintaan yang tinggi dengan pengalaman unik tanpa stres yang menggalakkan pengguna untuk mencuba dan merasai produk cermin mata tanpa didekati atau diganggu oleh pembantu kedai.
Pakej cermin mata pada harga berpatutan juga sesuatu yang dihargai para pengguna terutamanya dalam persekitaraan ekonomi yang agak tegang kini. Masa penyediaan yang pantas misalnya cermin mata boleh disiapkan dalam masa setengah jam ke satu jam juga antara keistimewaan yang boleh diraih untuk pembeli sekiranya berkunjung di tempat ini
Jenama ini dicipta untuk gaya hidup moden yang bergerak pantas, pencipta gaya dan penggemar fesyen cermin mata yang mahu kelihatan bergaya dalam masa singkat sepantas 30 minit. Dengan Whoosh, semua orang mampu memiliki cermin mata yang bergaya dan menawan. Whoosh menyediakan rangkaian rekaan yang meluas menerusi 5 gaya berbeza, 4 harga tetap yang berpatutan dan pasukan pakar cermin mata yang hebat.
Jadi, tunggu apa lagi jom kita serbu butik cermin mata ini!
The post Bergaya Dengan Cermin Mata appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment