AIFW Martabat Fesyen Islamik

Dalam usaha mencorakkan lagi warna-warni kemeriahan fesyen Islamik, Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk acara terulung iaitu Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017). Untuk pengetahuan anda, ianya diadakan buat julung kalinya dan sudah tentu menjadi berita baik buat pengaruh fesyen muslimah dan juga pereka-pereka fesyen tanah air bagi memberi sokongan padu untuk memartabatkan lagi indusri fesyen muslimah. Tahniah buat mereka!

Jadi apa yag ada dalam acara besar-besaran ini? Ia adalah acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik. Jadi selepas ini, penggiat fesyen muslimah tanah air akan lebih peka dengan garis panduan dalam menghasilkan sesebuah busana yang menutup aurat.

Diadakan bermula 30 Mac ini sehingga 2 April 2017, industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama 4 hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Jadi tiada alasan untuk yang bekerja hadir meramaikan lagi acara ini. Selain itu, ia turut menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.

Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan keseluruhan pengamal media dari lebih 20 negara dijangkakan mengambil bahagian dalam #AIFW2017.

Untuk sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Asia Islamic Fashion Week 2017, anda boleh hubungi: 

Jawatankuasa Penganjuran Minggu Fesyen Islamik Asia

A1–UG-1-3A, Publika Shopping Mall, Jln Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Laman web     : http://ift.tt/2mQTz6p

Facebook        :http://ift.tt/2n9iVbE

Twitter            : http://twitter.com/aifw2017

Instagram       :http://ift.tt/2mQVMyq
Sila emel untuk pertanyaan:

 

 

 

 

 

The post AIFW Martabat Fesyen Islamik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment