Adele akhirnya telah mengesahkan dia sudah berkahwin dengan pasangannya, Simon Konecki selepas berbulan media membuat spekulasi mengenai status perhubungan mereka berdua.
Gambar: TPGimage
Penyanyi itu membuat pengakuan ketika di konsertnya di Brisbane, Australia. Sambil bercerita tentang inspirasi lagu “Someone Like You”, Adele mengaku dia telah berkahwin dengan berkata “Saya sudah berkahwin.”
Sebelum terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan pasangan itu sudah berkahwin dan Adele juga telah merujuk Simon sebagai suaminya ketika memberi ucapan di pentas anugerah Grammy namun Adele tidak memberikan sebarang komen tentang hal itu.
Adele dan Simon mempunyai seorang anak lelaki yan kini berusia empat tahun yang bernama Angelo. Video Adele mengaku dirinya sudah berkahwin telah tersebar luar di laman media sosial.
“I could see in their eyes as they were listening to it on their headphones that it reminded them of something or someone. That’s what I wanted to remember, how it was I felt at the beginning of the relationship that inspired that record. Because as bad as a break up can be, as bitter and horrible and messy as it can be, that feeling when you first fall for someone is the best feeling on earth, and I am addicted to that feeling. Obviously I can’t go through with those feelings because I’m married now. I’ve found my next person,” Adele- BBC online
Beberapa minggu lalu, Adele dan Simon kelihatan memakai cincin perkahwinan dalam acara yang dihadiri mereka. Malah bulan lalu, Majalah Heat mendedahkan Adele telah mengadakan majlis perkahwinan kecil-kecilan dengan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat.
Tambah mereka lagi, Adele dan suaminya, Simon telah berkahwin di rumah mereka yang berharga 10 juta dolar di Los Angeles tanpa sebarang kekecohan.
The post Adele Mengaku Sudah Berkahwin appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment