Minyak sapi juga dikenali sebagai mentega. Ia diperbuat dengan mendidihkan mentega dan kemudian lemak yang terkandung di dalam mentega akan dibuang dan hanya akan meninggalkan protein dan pepejal susu. Minyak sapi mengandungi banyak khasiat yang baik untuk anda. Jelita senaraikan enam kebaikan minyak sapi untuk anda.
Gambar: INGimage
1. Minyak Sapi Mempunyai Titik Asap Yang Tinggi
Minyak sapi biasanya di masak pada titik yang lebih tinggi daripada minyak yang lain (serta mentega), maka minyak sapi ini tidak akan pecah menjadi radikal bebas seperti minyak yang lain. Radikal bebas adalah sangat berbahaya kepada kesihatan anda. Jika anda masak minyak biasa melebihi titik asap yang ditetapkan maka ia boleh membahayakan sistem pernafasan anda.
2. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Minyak sapi mengandungi asid linoleik. Asid jenis ini berkesan untuk melindungi tubuh daripada karsinogen, palk arteri dan kencing manis. Kajian juga menunjukkan minyak sapi boleh digunakan untuk mencegah penyakit kardiovaskular.
3. Membantu Mengurangkan Berat Badan
Minyak sapi dihasilkan daripada lembu yang diberi makan rumput manakala menteganya pula mengandungi asid lemak yang melawan kanser dan sekaligus menjadikan ia produk yang hebat untuk makan apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan.
4. Meningkatkan Sistem Penghadaman
Minyak sapi kaya dengan asid butyric. Bakteria di dalam usus akan menukarkan gentian menjadi asid butyric dan kemudian ia digunakan untuk mengekalkan dinding usus perut anda. Asid ini juga membantu mengurangkan keradangna dan membantu menghadamkan makanan serta membantu dalam pembaikan dinding mukosa.
5. Menurunkan Tahap Kolestrol
Kajian menunjukkan bahawa minyak sapi boleh mengurangkan kolestrol dalam kedua-dua serum( satu komponen darah) dan usus. Ini dilakukan dengan mencetuskan peningkatan pada rembesan lipid biliary.
6. Mencantikan Kulit
Antara kebaikan minyak sapi adalah membersihkan kulit dan memberikan sinar pada wajah anda. Ia juga bertindak sebagai pelembap semula jadi apabila digunakan dengan kerap. Ia juga boleh digunakan sebagai rawatan untuk kulit terbakar dan juga membantu menyembukan parut yang disebabkan oleh cacar air.
The post 6 Kebaikan Minyak Sapi appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment