Wanita hari ini lebih hebat jika dibandingkan dengan lelaki kerana mereka bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri tetapi juga menjalankan tugas sebagai ibu mahupu menguruskan hal rumah tangga bahkan ada di antaranya yang keluar bekerja unuk menambah pendapatan keluarga. Kadang kala, wanita sering lupa untuk menjaga diri sendiri apabila terlalu sibuk dengan tugasan rumah dan pejabat. Oleh itu, Jelita senaraikan empat tip mudah penjagaan diri.
Gambar: INGimage
1. Minum Banyak Air
Selain makanan, air juga memberikan tenaga dan dalam masa yang sama membuatkan anda berasa lebih segar. Jadi, anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
2. Makan Pada Waktunya
Jangan sesekali abaikan waktu makan terutama sarapan pagi. Ini penting bagi memastikan anda mempunyai cukup tenaga untuk bekerja.
3. Bersenam
Anda tidak perlu berjoging atau mengunjungi gimnasium. Ia boleh dilakukan dengan banyakkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Ini bagi memastikan badan sentiasa cergas dan kekal aktif
4. Rehat Dan Tidur Secukupnya
Apabila seharian bekerja, badan akan menjadi terlalu penat. Jangan paksa diri anda untuk terus melakukan kerja. Dapatkan rehat secukupnya dan jangan amalkan tidur lewat malam.
The post 4 Tip Mudah Penjagaan Diri appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment