10 Cara Untuk Menguruskan Masa

Ada masanya anda rasakan anda tidak mempunyai masa yang mencukupi utnuk melakukan perkara yang sudah anda rancang dari awal. Ada banyak cara yang boleh membantu anda untuk meningkatkan produktiviti agar anda dapat melakukan perkara yang sudah anda rancang. Jelita senaraikan 10 cara untuk menguruskan masa anda.
 

Gambar: INGimage


 
1. Memutuskan Apa Yang Penting

Anda perlu pilih perkara yang penting yang anda harus lakukan terselbih dahulu kerana dalam masa lima tahun, 80% daripada apa yang anda lakukan  hari ini tidak akan menadi berguna di kemudian hari. Jangan terlalu sibuk bekerja sehingga anda lupa untuk membuat sesuatu yang penting dalam hidup anda.
 
2. Tidur, Makanan Dan Senaman

Ini boleh membantu anda untuk hasil yang bagus pada penghujung hari. Menjalani gaya hidup yang sihat dapat meningkatkan tahap tumpuan, motivasi dan tenaga anda.
 
3. Peraturan Dua Minit

Jika anda boleh melakukan sesuatu (seperti membalas e-mel atau kerja rumah) dalam masa dua minit, lakukannya sekarang dan jangan lengahkannya. Merancang, mengingat dan melakukannya akan mengambil masa lima minit.
 
4. Peraturan Lima Minit

Penawar terbaik untuk merawat masalah procrastination (menunda kerja) adalah utnuk menetapkan matlamat untuk tidak menyiapkan kerja dalam kadar yang segera tetapi sebaliknya hanya menggunakan masa lima minit untuk memikirkan idea atau rangka kerja. Selalunya, ia akan melebihi lima minit kerana selalunya anda akan menjadi terlalu fokus dengan kerja anda sebaik sahaja anda sudah mendapat idea untuk kerja anda.
 
5. Rantaian Produktiviti Seinfield

Jika anda ingin melakukan sesuatu perkara itu dengan baik. anda perlu lakukannya pada setiap hari. Tidak kira pada hari cuti atau pada musim perayaan.
 
6. Memori Yang Kurang Baik

Keluarkaan apa yang ada di dalam kepala anda. Tuliskan semua perkara penting di dalam buku nota, masukkannya dalam aplikasi senarai yang perlu dilakukan atau bercakap dengan aplikasi Siri. Apa sahaja yang boleh anda gunakan untuk menyimpan maklumat penting.
 
7. Disiplin

Apa gunanya jika anda mempunyai gajet atau aplikasi yang hebat tetapi anda tidak disiplin dalam melakukannya. Anda perlukan disiplin. Jangan seperti hangat-hangat tahi ayam. Rancang apa yang ingin anda lakukan pada setiap pagi dan but satu buku log harian untuk membantu anda mengasingkan masa untuk melakukan kerja penting dan juga masa untuk diri sendiri. Ini dapat membantu anda menjimatkan beberapa jam dari masa anda.
 
8. Tetapkan Had Masa

Tetapkan masa hanya 30 minit untuk melakukan tugasan yang diberikan. Jangan buat perkara lain. Elak gunakan telefon, baca e-mel, berbual, layari sosial media atau perkara yang boleh mengalihkan perhatian anda dari kerja yang perlu disiapkan. Ini akan membuatkan anda lambat untuk menyiapkan kerja.
 
9. Sentiasa Memakai Fon Kepala

Anda tidak semestinya harus mendengar muzik tetapi dengan memakai fon kepala ia akan boleh menjadi tanda yang anda tidak mahu diganggu.
 
10. Uruskan E-Mel Anda

Elakkan daripada membaca e-emel anda pada waktu pagi dan petang. Cuba untuk membaca e-mel anda tiga kali sehari iaitu pada pukul 11 pagi, 2 petang dan 5 petang. Cuba untuk membuang semua e-mel lama yang tidak diperlukan lagi agar anda dengan mudah dapat mencari e-mel yang terkini.

The post 10 Cara Untuk Menguruskan Masa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment